Wanita Guna Susu Badan Rawat Kanser
Wanita Guna Susu Badan Rawat Kanser|Seorang ibu muda kini membekalkan susu badannya untuk diberikan kepada bapanya sebagai susu yang dicampur dalam kopi dalam usahanya membantu lelaki itu mengatasi kanser.
Jill Turner, 30, dari Rugby, Warwickshire, berharap dengan berbuat demikian ia akan membantu menyembuhkan bapanya, Fred Whitelaw, 64, yang mengidap kanser usus.
Jill melahirkan anaknya, Llewyn pada bulan Oktober lalu maka dia mempunyai bekalan susu yang cukup untuk kegunaan bapanya setiap hari.
Menurut Jill, pada mulanya bapanya keberatan namun memikirkan tiada apa-apa yang akan rugi, maka dia menambahkan susu berkenaan dalam minuman kopinya,
“Saya sedih apabila mendapat tahu mengenai keadaan ayah dan saya mahu membantunya dalam apa cara sekali pun jadi saya mula memberinya minum susu badan saya.
“Saya menjalankan kajian menerusi internet apabila saya terbaca artikel mengenai kegunaan alternatif untuk susu ibu,” katanya yang telah berkahwin dengan Kyle, 30.
Jill berkata ketika mula-mula meluahkan hasrat berkenaan kepada keluarganya, mereka menyangka dia hanya bergurau.
“Saya menggunakan pam untuk menyedut susu dan saya juga sentiasa memastikan ia mencukupi untuk anak saya,’’ katanya.
Fred telah disahkan menghidap kanser usus pada 2015. – Mynewshub.cc
The post Wanita Guna Susu Badan Rawat Kanser appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0vknL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment