BNM Kekalkan Kadar OPR 3.00%, Jangkaan Positif Pada 2017
Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Monetary Policy Committee (MPC) mengekalkan kadar OPR (Overnight Policy Rate) di paras 3.00% dalam mesyuaratnya sebentar tadi.
Dalam kenyataan awal, BNM menyatakan ekonomi global terus mengukuh di mana aktiviti perindustrian dan perdagangan global melebihi unjuran yang telah dibuat sebelum ini.
Di Asia, pertumbuhan dijangka akan dipandu oleh aktiviti domestik dan juga pengukuhan permintaan dari luar. Menurut BNM, risiko terhadap pertumbuhan global adalah daripada ketidaktentuan politik dan polisi negara-negara ekonomi terbesar dunia di samping faktor geopolitik dan volatility (naik-turun) harga komoditi.
Dari segi domestik, ekonomi Malaysia merekod prestasi lebih baik dari jangkaan pada suku pertama. Pertumbuhan didorong oleh permintaan domestik dan juga eksport ke luar negara. Dari segi pelaburan pula banyak disumbangkan oleh sektor pembinaan dan juga pengembangan kapasiti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Menurut BNM, secara keseluruhan ekonomi dijangka akan mencatat pertumbuhan lebih tinggi pada 2017.
Inflasi teras ketika ini bergerak sederhana kepada 3.9% pada Mei berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia pada tempoh tersebut. Inflasi dijangka akan terus bergerak sederhana pada separuh kedua 2017. Menurut BNM lagi, inflasi teras (Core-CPI) akan lebih kukuh jika permintaan domestik meningkat.
The post BNM Kekalkan Kadar OPR 3.00%, Jangkaan Positif Pada 2017 appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t64mx8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment