Inventori US Jatuh Harga Minyak Masih Tertekan
Harga minyak mentah dunia bergerak lebih rendah pada Khamis khususnya dalam sesi Eropah, berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dari US dan juga dari negara-negara lain.
Minyak Brent (Brent-oil) susut 0.57% kepada $47.45 setong setakat pukul 5.04 pm, manakala WTI (West Texas Intermediate) susut 0.64% kepada $45.19 setong.
Harga komoditi hitam ditutup lebih rendah pada Rabu berbanding Selasa walaupun data inventori terbaru menunjukkan kemerosotan drastik di US selama dua minggu berturut-turut.
Data yang dikeluarkan oleh Energy Information Administration (EIA) melaporkan inventori minyak mentah jatuh 7.6 juta tong pada minggu berakhir 7 Julai berbanding jangkaan kemerosotan 3.2 juta.
Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran meningkat sebanyak 59,000 tong sehari kepada 9.397 juta tong sehari minggu lalu menurut data EIA.
Harga minyak mentah dilihat tertekan sejak beberapa minggu lalu berikutan peningkatan pengeluaran dari US yang mengimbangi pemotongan bekalan yang dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.
OPEC membuat perjanjian pertama pemotongan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula Januari 2017 sehingga enam bulan dan ia dilanjutkan sekali lagi kepada sembilan bula sehingga Mac 2018 dalam usaha membawa harga pasaran ke tahap optimum.
The post Inventori US Jatuh Harga Minyak Masih Tertekan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTiVjt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment