Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit Wajah Jadi Cantik, Cerah & Licin Guna Ais Kiub Tomato
Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit Wajah Jadi Cantik, Cerah & Licin Guna Ais Kiub Tomato - Bukan susah nak buat kulit wajah jadi cantik, yang penting kenalah rajin.Tak perlu nak guna produk mahal-mahal pun, guna bahan-bahan semulajadi pun boleh & pastinya lebih selamat tiada kesan sampingan.
Malah,kebanyakkan bahan-bahan semulajadi ni memang sedia ada di dapur rumah.Contohnya perkongsian amalan yang dilakukan oleh Nurul Balqis ni, guna buah tomato je untuk cantikkan kulit wajahnya.
Berikut merupakan perkongsian beliau;
Harini qis ade nak share satu tip yang qis dah amalkan sejak 6bulan yang lepas. Memang menjadi.
Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya:
- Jerawat dekat muka qis satu hari je dah kecut
- Gelap bawah mata pon dah berkurang
- Kulit qis still glowing walau tanpa makeup
- Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dpat cegah kedutan
- Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat.
- Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah.
Cara-cara nak buat qis ada terangkan pada setiap gambar-gambar kat bawah ni. Selamat mencuba
Silakan kalau nak share utk simpan tip ni dan boleh tag rakan-rakan yang ada masalah jerawat, kulit kering, gelap bwah mata, kulit berminyak atau yang dah giveup nak try mana-mana skincare.
Bahan-Bahan:
- 2 biji buah tomato
- Mesin Pengisar
- Bekas Kiub Ais
Cara Membuat:
- Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.
- Seterusnya,masukkan tomato yang dipotong kecil tadi kedalam mesin pengisar. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.
- Kisar sampai hancur dan halus.
- Kemudian,masukkan tomato yang dikisar tadi ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.
- Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka
Rasai keajaibannya.
Selamat Mencuba!
Sumber: Nurul Balqis
✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTrbQa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment