Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong Umno didakwa sumbat cili dalam mulut pemuda PPBM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong Umno didakwa sumbat cili dalam mulut pemuda PPBM

 | July 13, 2017
Seorang ahli PPBM Melaka dikatakan mengalami retak tulang pipi dan kecederaan di mata selepas dipukul sekumpulan penyokong Umno.
ppbm-tumbukPETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM Melaka Ramlan Meon mendakwa dirinya ditumbuk dan mulutnya disumbat cili oleh sekumpulan penyokong Umno yang tidak berpuas hati dengan bendera parti yang digantung sempena majlis rumah terbuka PPBM di Melaka.

Ketua PPBM Melaka Mohd Redzuan Yusof berkata kejadian berlaku sehari selepas Ramlan dan penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertelingkah dan berdamai apabila pihak berkuasa tempatan mengarahkan bendera, kain rentang dan sepanduk parti diturunkan 9 Julai lalu.

“Pada keesokan hari Ramlan dihubungi seorang kenalan yang merupakan penyokong kuat Umno untuk berjumpa bagi menyelesaikan konflik yang berlaku sehari sebelumnya secara baik,” kata Redzuan pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

Menurut Redzuan, Ramlan menerima pelawaan kenalan itu yang mengajaknya bertemu di sebuah restoran. Ramlan mendapati kehadirannya dinantikan belasan orang, yang antaranya memegang jawatan penting dalam Umno, bersama kakitangan MBMB, katanya.
“Ramlan kemudian ditumbuk beberapa kali di muka, dipaksa menelan segenggam cili padi dan diugut ditikam dengan pisau. Salah seorang daripada mereka menghantukkan kepalanya ke muka Ramlan,” kata Redzuan.

Akibat serangan itu, Ramlan dikatakan mengalami retak tulang pipi dan kecederaan di mata. Ramlan menolak kejadian itu berlaku disebabkan dendam lama.
“Pemuda PPBM percaya budaya samseng sangat teruk dalam Umno. Kita perlu ubah mereka,” kata Ketua Penerangan Pemuda PPBM Ulya Husamudin di sidang media yang sama.

Pertelingkahan antara Ramlan dan penguatkuasa MBMB sehari sebelum kejadian itu tular di media sosial. Dalam pertelingkahan itu, pemuda PPBM mempertikaikan mengapa pihak berkuasa tempatan tidak mengarahkan bendera Umno diturunkan.

Beberapa kata-kata kesat dilemparkan, namun menurut Redzuan, ia kemudiannya dapat diselesaikan secara baik. Bendera, kain rentang dan sepanduk parti diturunkan seperti yang diarah pihak berkuasa tempatan.
“Ramlan dan penguatkuasa mengakui kesilapan masing-masing dan saling bermaafan. Malangnya pertikaian mulut yang sepatutnya selesai tidak berakhir setakat itu,” katanya.

Redzuan berkata satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Bukit Baru, Melaka Tengah 11 Julai lalu dan PPBM Melaka mendesak polis menyiasat dan bertindak ke atas pihak terlibat.
“PPBM tidak mahu sebarang campur tangan politik dalam kes ini. Pihak berkuasa perlu menjalankan tugas secara profesional dan telus tanpa tekanan mana-mana pihak,” katanya
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uUAWz4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.