Remaja 16 Tahun Ditahan AADK
Sebelas penagih berusia 16 hingga 50 tahun ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan dalam Operasi Cekup dan Cegah, hari ini.
Operasi bermula 1 hingga 4 pagi itu diketuai pegawai AADK Daerah Yan, Wan Noor Shah Abdullah bersama 11 anggota menyerbu kawasan Kampung Sungai Limau Luar, Kampung Pasir dan Pekan Guar Chempedak.
Ketua Pegawai AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, hasil operasi itu, seramai 11 penagih ditahan hasil aduan orang awam dan keluarga.
Menurutnya, semakan mendapati mereka yang ditahan itu belum mempunyai rekod dengan AADK.
Beliau berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun bersama dua rakannya antara yang ditahan dalam operasi itu ketika menagih dadah di sebuah rumah di Kampung Pasir.
"Mereka yang ditahan itu ada yang bekerja sebagai pekerja kontrak dan menganggur. Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif opiat serta methamphetamine.
"Mereka disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983," katanya.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fxIp3S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment