Dua Dituduh Bunuh Rakan
KULAI- Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakan mereka pada pertengahan bulan lalu.
Tertuduh, Hon Lih Ting, 32, dan rakannya, Cheng Pei Hua, 33, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Mengikut pertuduhan, mereka berdua didakwa bersama-sama melakukan pembunuhan ke atas seorang lelaki, Lam Kok Poh, 28, sehingga menyebabkan kematiannya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Berturap Kampung Melayu, Jalan Besar Kulai-Simpang Renggam, Bukit Batu, Kulai, antara 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 16 Julai lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vyZQ9G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment