Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persatuan anak Felda gesa Najib tamatkan khidmat Isa di SPAD - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persatuan anak Felda gesa Najib tamatkan khidmat Isa di SPAD

 | August 15, 2017
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan berkata Isa Samad perlu dilucutkan jawatan agar individu yang dikaitkan dengan isu integriti tidak menjadi beban kepada kerajaan.
mazlan-aliman
PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan khidmat Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, Isa Samad perlu dilucutkan jawatan agar individu yang dikaitkan dengan isu integriti tidak menjadi beban kepada kerajaan.
“Tentu sekali boleh memulihkan semula kepercayaan rakyat,” kata Mazlan kepada FMT hari ini, selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahana bekas pengerusi Felda itu dalam siasatan ke atas pembelian hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC).

“Jadi (bagaimana) kalau orang yang dituduh dengan amalan korupsi itu berada di situ sedangkan SPAD adalah agensi besar negara membabitkan pengangkutan awam. Biarlah mereka yang tidak terpalit dengan amalan tuduhan itu berada di situ.”

Isa meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd dan dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD 19 Julai lalu.
Anak mengalu-alukan penahanan Isa namun “amat sedih” kerana tindakan berlaku hari ini selepas desakan demi desakan daripada pelbagai pihak sebelum ini.

“Kerosakan yang berlaku ini begitu dahsyat, kerana situasi kewangan Felda akan memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Kita harus akui skandal yang berlaku di Felda yang terburuk selain daripada 1MDB,” katanya
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uKJTe2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.