Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Malu Mengaku Bapa” – Isteri Salem Dedah Punca Sebenar! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Malu Mengaku Bapa” – Isteri Salem Dedah Punca Sebenar!

 

ISTERI kepada penyanyi Saleem iaitu Julia Bachok menjelaskan, terdapat perselisihan faham antara penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu dengan anaknya Syafiq Farhain sejak beberapa tahun lalu yang belum diselesaikan secara baik.

Ujar Julia, sebagai anak, Syafiq sepatutnya datang meminta maaf kepada suaminya itu atas apa yang pernah dilakukannya dahulu sehingga membuatkan Saleem terguris hati.

“Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.

“Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat

Julia berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan orang ramai terhadap tindakan Saleem yang tidak membenarkan anaknya Syafiq menggunakan nama dan menyanyikan lagu dia.

 

Malu Mengaku Bapa, Itu Puncanya!
Syafiq kini bergelar penyanyi.

Selain itu, Julia berkata, dia juga tidak mahu ada pihak lain yang mengambil jalan singkat dan mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Tambahnya, tindakannya menghantar surat amaran kepada pihak syarikat rakaman MVM Productions pada Rabu lalu adalah memberi kesedaran kepada mereka.

“Bukan Saleem yang bawa Syafiq tapi saya yang ingin membantu dia menjadi penyanyi. Sebagai seorang wanita saya ada sifat keibuan yang ingin membantu.

“Tapi saya kesal apabila pihak itu telah menggunakan nama Saleem pula dari segi mempromosikan produk mereka,” ujarnya.

Julia menambah, kehadiran Syafiq yang menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan Saleem yang masih aktif.

“Jika mereka langgar syarat, saya tidak teragak-agak untuk saman. Apa yang mereka lakukan menjejaskan periuk nasi kami.

“Orang memanggil Syafiq untuk menyanyi seperti Saleem dengan bayaran yang murah,” ujarnya.

Syafiq Farhain baru sahaja muncul dengan single pertamanya berjudul Sayang Maafkan Aku  yang sehingga kini mendapat lebih 2 juta kali tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada 29 Jun lalu.

Syafiq atau nama penuhnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 23, merupakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kini bertugas di Putrajaya.

Sumber:http://ift.tt/2uKHoYS



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w6mDv9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.