Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lari Atau Diculik? Budak Hilang Ketika Ibu Bapa Tidur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lari Atau Diculik? Budak Hilang Ketika Ibu Bapa Tidur



Port Dickson : Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun hilang dari rumah, dipercayai dilarikan ketika keluarganya sedang tidur awal pagi tadi.

Faralysa Amani disedari hilang sewaktu bapanya Fazil Abdullah, 35, mahu mengejutkan anak-anaknya pada pukul 6.45 pagi, lapor Harian Metro.

“Saya terkejut apabila mendapati Faralysa tiada di bilik ketika mahu mengejutnya ke sekolah,” katanya, yang tinggal di kuarters politeknik di sini.

Kanak-kanak itu tiada di rumah dan kawasan sekitarnya apabila pasangan itu mencari Faralysa. Selepas itu, aduan dibuat di balai polis Teluk Kemang.

“Saya mendapati tingkap dan pintu belakang rumah terbuka, malah wang tunai di dalam dompet saya juga hilang.

“Saya mengesyaki rumah saya dipecah masuk dan Faralysa dilarikan,” katanya.

Fazil meminta orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai anaknya itu supaya menghubunginya di talian 017-213 8801.

Namun, polis belum dapat menentukan sama ada mangsa diculik atau tidak, kata pemangku ketua polis Port Dickson DSP Rugiman Agus.

Pihaknya sedang menunggu siasatan lengkap yang dibuat unit forensik. - malaymail


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wZG2KC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.