Mahu Tahu Fungsi, Aziz DAP Boleh Jumpa Mana-Mana Setiausaha Politik KM
"Kalau Aziz Isa tidak faham tentang tugas kami, dia boleh jumpa mana-mana Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak untuk mendapatkan keterangan lanjut atau berkongsi maklumat demi kepentingan rakyat," kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Susan Chemerai Anding.
Beliau berkata, adalah tidak perlu untuk Abdul Aziz Isa sekalu Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak menjadikan tugas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak sebagai isu politik yang tidak mendatangkan faedah terutama sekali dalam usaha menyelesaikan permasalahan rakyat.
Menurutnya, setiap Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak membantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen di kawasan seliaan dengan menyalur maklumat berkaitan dengan rungutan dan keperluan rakyat untuk mendapat perhatian segera.
"Dalam keadaan tertentu kami melaporkan kepada YAB KM (Ketua Menteri) tentang isu sensitif dan kritikal yang memerlukan perhatian serta pertimbangan beliau," ujarnya.
Terdahulu, Sarawakiana melaporkan Aziz menerusi akaun Facebooknya mempersoal kewajaran serta fungsi seramai 31 Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak yang didakwa terlalu ramai berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang yang hanya melantik seorang Setiausaha Politik.
Untuk rekod, keluasan Sarawak adalah 124,450km persegi bersamaan 120 kali lebih besar berbanding Pulau Pinang yang hanya berkeluasan 1,043km persegi.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u9V1Vg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment