Hi! Welcome Back and Stay Tune! Toyota Beli Saham Kecil Mazda; Kerjasama Baharu Bina Kilang $1.6b Di US Untuk Corolla, SUV – Laporan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Toyota Beli Saham Kecil Mazda; Kerjasama Baharu Bina Kilang $1.6b Di US Untuk Corolla, SUV – Laporan


Toyota dan pesaingnya Mazda telah mengumumkan rancangan untuk membina kilang bernilai $1.6 bilion di Amerika Syarikat (US) sebagai kerjasama baharu, menurut laporan Reuters yang memetik sumber tanpa nama.

Laporan tersebut menambah kilang ini bakal mengeluarkan kapasiti 300,000 kenderaan setahun, terbahagi antara dua jenama Jepun itu. Ia juga akan mengambil 4,000 pekerja apabila dibuka pada tahun 2021, sumber tersebut mendedahkan, dan menambah lokasi kilang terbabit bakal didedahkan kelak. Ia dijangka akan memproduksi Toyota Corolla dan SUV Mazda.

Semalam, Nikkei melaporkan Toyota akan membeli 5% pegangan saham dalam Mazda untuk membangunkan tekonologi kenderaan elektrik dan bekerjasama dalam membina kilang di US. Sumber yang memberitahu Reuters mengesahkan kedua pemain industri automotif terkemuka Jepun ini akan bekerjasama dalam pembangunan EV.

Toyota berkata dalam kenyataannya bahawa kedua-dua syarikat telah mula mengekplorasi beberapa kerjasama di bawah perjanjian Mei 2015. “Kami berhasrat untuk mengemukakan satu cadangan kepada lembaga pengarah kami hari ini mengenai perkongsian dengan Mazda, bagaimana pun, kami tidak akan mengulas lanjut mengenainya buat masa ini,” menurut kenyataan terbabit.

Mazda pula berkata “tiada apa yang diputuskan buat masa ini” dan syarikat ini juga mengesahkan “akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah mengenainya hari ini, namun tiada ulasan buat masa ini,” kenyataan itu turut menyebut.

Pembangunan ini nampak gayanya akan memberikan satu kemajuan buat presiden US Donald Trump, yang pernah meluahkan kemarahannya kepada pengeluar kenderaan yang mendirikan fasiliti di negara-negara jiran. Toyota juga pernah menerima ‘teguran’ menerusi Tweeter Trump apabila berhasrat untuk membangunkan Corolla bagi pasaran US di Mexico. Model kompak mereka buat masa ini dibangunkan di Kanada dan Mississippi, US.

Tiada “cukai sempadan besar” seperti mana yang diancam oleh Trump, tetapi kilang US baharu ini adalah berdasarkan permintaan terhadap kereta penumpang yang agak ‘jatuh’ berbanding SUV. Jualan Corolla di US juga hampir jatuh sebanyak 9% pada tahun ini.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upxriP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.