Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Ritual Mengarut Bomoh Setubuh Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Ritual Mengarut Bomoh Setubuh Wanita



Dalam dunia serba moden ini, segelintir masyarakat masih percaya kepada perubatan traditional, namun tidak semua dalam kalangan pengamal perubatan itu melakukan cara yang betul semasa merawat pesakit.

Seorang wanita di Tulang Bawang, wilayah Sumatra, Indonesia mendakwa dirogol seorang bomoh yang merawatnya, konon sebagai ritual membersihkan alat kelamin di sebuah rumah di Lampung, awal bulan ini.

Ketika kejadian, mangsa datang ke rumah suspek bersama suaminya, namun bomoh itu, M Agus Susanto, 45, mengarahkan suami wanita terbabit menunggu di luar bilik di rumah tersebut sementara suspek merawat isterinya, lapor Tribunnews.

Ketua Polis Tuba Tengah Komisaris, Leksan Ariyanto berkata, bomoh itu menutup mata mangsa menggunakan kain berwarna putih bagi memulakan ritual membersihkan anggota badan wanita itu menggunakan air yang diletakkan di dalam sebuah bekas.

“Selesai melakukan rawatan itu, suspek membaringkan mangsa di atas katil dalam keadaan mata mangsa masih ditutup.

“Suspek kemudian bersetubuh dengan wanita itu dengan alasan ia sebagai ritual perubatan,” kata Leksan semalam, dipetik sebagai berkata.

Mangsa yang tidak menceritakan kejadian itu kepada suaminya mula berasa curiga apabila penyakitnya masih tidak sembuh selepas beberapa hari “ritual” dilakukan oleh bomoh itu.

“Mangsa akhirnya memberitahu kejadian itu (rogol) kepada suaminya, sebelum lelaki itu membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan, pihak polis berjaya menangkap suspek pada 4 ogos lalu dan menemui beberapa bahan bukti,” katanya.

Difahamkan, kes kini sedang disiasat. - MalaysianDigest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wZh1iz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.