Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Berpeluang Saksikan Istiadat Perkahwinan Tunku Tun Aminah Secara Langsung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Berpeluang Saksikan Istiadat Perkahwinan Tunku Tun Aminah Secara Langsung



Berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan istiadat perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan pasangannya Dennis Muhammad Abdullah, di Istana Besar, Johor Bahru pada 14 ogos ini.

Royal Press Office (RPO) dalam kenyataan terbaharu pada Khamis petang memberitahu dua skrin besar akan dipasang di Dataran Bandaraya dan di bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula jam 8 malam bagi membolehkan orang ramai menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan diraja berkenaan secara langsung.

Menurut kenyataan itu, istiadat persandingan diraja yang akan berlangsung jam 8 malam di Bilik Singgahsana, Istana Besar dihadkan hanya kepada kerabat diraja dan orang kenamaan.

“Bagaimanapun, tetamu jemputan yang lain berupaya menonton majlis berkenaan menerusi skrin digital di khemah-khemah putih yang didirikan berhampiran Tangga Agung di istana berusia 151 tahun itu.

“Orang ramai turut boleh mengikuti majlis perkahwinan diraja di Istana Besar itu secara langsung menerusi dua skrin LED khas,” kata pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, semalam.

Terdahulu, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertunangan diadakan pada 10 pagi, 14 Ogos, di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.

Sementara, istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar, pada 8 malam, hari yang sama.

Tambah RPO, persiapan akhir menjelang istiadat perkahwinan pasangan diraja sedang giat dijalankan, yang mana ia secara rasmi dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, yang berlangsung pada 8 Ogos lalu.

“Selain bendera negeri yang dipasang di beberapa jalan utama, persekitaran Istana Besar turut dihiasi dengan bunga-bungaan dan limpahan cahaya berwarna-warni,” katanya.

Majlis Doa Selamat dan bacaan Yasin telah berlangsung malam tadi di Masjid Pasir Pelangi, dihadiri keluarga diraja Johor dan para tetamu jemputan.

Majlis pertunangan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat, akan berlangsung di Istana Bukit Serene pada jam 10 pagi (14 Ogos), diikuti istiadat akad nikah.

Istiadat perkahwinan pasangan berkenaan akan berlangsung dengan penuh tradisi dan adat istidat budaya Johor.

Dalam kenyataan sebelum ini, Tunku Tun Aminah yang dilahirkan pada 8 April 1986, memberitahu beliau bakal mengenakan pakaian tradisional Baju Kurung Teluk Belanga, sementara Dennis memakai Baju Melayu Teluk Belangga pada hari perkahwinan mereka.

“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah. - MalaysianDigest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wNHUpW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.