Bayi Ditekap Bantal Hingga Mati Kerana Menangis
JAKARTA - INDONESIA. Hanya kerana tidurnya diganggu, seorang lelaki menekup muka anak perempuannya yang menangis sehingga maut, kelmarin.
Menurut laporan Tribunnews, Faisal Amir, 27, memukul anaknya dengan botol bedak sebelum menutup muka mangsa dengan bantal.
Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja sebagai akauntan dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali.
Polis berkata, suspek naik marah selepas anaknya menangis tanpa henti.
“Bising (tangisan) dia. Ketika itu saya mahu tidur, bayi menangis tidak henti. Saya marah, saya pukul kakinya dengan botol bedak, tetapi dia masih menangis," kata suspek dipetik Malaysian Digest.
Kata Faisal, beliau cuba memberikan bantuan pernafasan ketika menyedari anaknya tidak sedarikan diri.
"Dia sudah tidak bernyawa. Saya pun pasrah. Jujurnya saya salah melakukan perbuatan itu.
"Saya menyesal membunuh bayi saya kerana dia pada masa itu memang bising," kata Faisal.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Jakarta Utara, Kombes Pol Dwiyono mengesahkan kejadian berkenaan.
Kata beliau, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut akibat tekanan kerana sudah lama menganggur.
Kes tersebut sedang disiasat dan suspek berhadapan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan. - SinarHarian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vUzj8e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment