4 Hari Beliau Konsisten Mengejek Anak Sendiri, Dan Inilah Yang Berlaku
Masuk hari ini aku dah tak kira dah berapa ramai aku jumpa dan bersembang mengenai tragedi yang baru sahaja menimpa atas kepala kita semua.
Dan sudah berapa hari juga kita semua bersedih atas apa yang telah berlaku. Aku cuba buat benda yang sama kepada anak aku selama 4 hari berturut-turut. Dan ini boleh jadi sebuah kisah untuk kalian amati perlahan-lahan.
Anak aku berumur 5 tahun. Masih belum lancar membaca, punya badan sedikit gempal dan sangat suka makan.
Oleh yang demikian, aku cuba sesuatu untuk lihat perkara ini di hadapan mata. Dalam diam-diam, secara konsisten aku mengejek beliau “bam-bam”, “malas tak reti baca, elok kahwin sahajalah” dan princess kuat makan.
Hari pertama dia sekadar datang kepada aku dan kemudian dia ketawa. Katanya “sampai hati abah ejek ‘Ain gemuk.”
Hari ke-2, aku ejek lagi. Dan dia mula merajuk tak mahu bercakap dengan aku. Aku teruskan gaya ini seperti biasa.
Masuk hari ke-3, dia dengan marah berlari menuju ke arah aku dan tumbuk aku di muka. Bibir aku pecah. Isteri aku marah dia pula. Dia tidur dalam keadaan menangis.
Masuk hari ke-4, dia cakap ke aku “‘Ain benci abah, benci sangat.”
Dan aku berhenti di situ.
Untuk seorang bapa seperti aku yang punya seorang anak perempuan berusia 5 tahun, yang mana meluahkan perkataan benci kepada aku, ia sebuah guris yang dibuat dari pisau maha tajam kepada hati aku. Dan ia berdarah perlahan-lahan sampai aku menulis perkara ini kepada kalian.
Sekitar 15 tahun lalu di KUSZA, aku menang bertanding sebagai Setiausaha Agung DTP (sekarang disebut MPP). Oleh kerana aku bukan pelajar pengajian Islam, aku kerap diejek tentang pemahaman terhadap agama.
Orang seperti aku, banyak guna logik sahaja. Jika aku tak lepas nak menyelesaikan masalah, aku akan terus minta bantuan. Dan di situlah mulanya diejek kerana aku bukan orang Islam yang ‘sebenar’.
Malah, punya ramai Pak Lebai, Ustaz, serta Alim-Alim sekitar kami itu sentiasa sahaja mencari kelemahan apabila kami melakukan kesilapan. Pantang. Asal ada, terus sahaja diejek sehingga jadi sebuah kebiasaan.
Kami ini, tak reti nak berbahas. Lebih lagi kami menghormati kawan-kawan pengajian Islam. Jika ada yang kami cuba-cuba nak menjawab, ya kawan, mereka akan bahaskan dengan membuka kitab. Maka kami ini terus sahaja dilabel begitu begini. Biasa.
Tentang Pusat Tahfiz yang dibakar sekumpulan ‘budak’ baru-baru ini. Hampir semua orang menyalahkan dadah. Iya, betul. Namun disebalik semua itu, ada sebuah peristiwa yang menjadikan dendam itu berupa sebuah kesumat.
Memang ya, inilah dunia kanak-kanak. Mereka mengejek untuk sekadar merasa kuasa. Atau sekadar nak bergelak ketawa. Namun kawan, kan ia sekarang sudah membunuh. Kan?
Kuasa memerli, menjatuhkan maruah, mengubah rasa kepada perasaan berkawan kepada berlawan jujurnya menjadi kejahatan yang tersemat di dada.
Ia dipanggil benci.
Demi Tuhan, sehingga sekarang, aku masih ingat muka-muka yang pernah mengejek aku begitu begini. Lemah betul aku rupanya.
Aku sudah biasa diejek kerana emak aku India. Panggilan ‘anak keling’, biasa.
Sudah berkahwin, dapat isteri bagus, diejek secara konsisten yang aku ini sekadar boleh jadi ‘driver’ sahaja. Pun aku terpaksa biasakan diri.
Bayangkan jika aku bertindak balas terhadap pengejek dengan melakukan perkara bukan-bukan, aku pula yang akan dihukum. Sedangkan, aku juga adalah mangsa.
Hari ini, kita saling menyalah. Kita saling menuding.
Demi Tuhan, semua kisah tentang anak-anak yang terkorban itu adalah cerita yang Tuhan tulis untuk kita semua belajar.
Dadah memang jahat. Selalu sahaja membunuh. Namun mengejek, juga buat hati kita mati berkali-kali untuk terima cinta dan kasih sayang.
Betul kata Buya Hamka dalam 43 Nilai dakwah yang ditulisnya. Perkara ke-6:
“Dakwah itu mengajak, bukan mengejek.”
Khairul Hakimin Muhammad,
Apabila kau sudah besar dan punya Facebook ‘Ain, ketahuilah yang abah buat itu untuk abah faham perasaan kau. Dan ketahuilah, air mata abah turun tidak henti-henti semasa menulis ini. Maafkan abah, sayang.
Bandar Baru Bangi,
20.59 malam.
Sumber 4 Hari Beliau Konsisten Mengejek Anak Sendiri, Dan Inilah Yang Berlaku
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xI8Yuc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment