Hi! Welcome Back and Stay Tune! Biar betul: Tak ker surat Rafizi ni buat orang itu menyinga? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Biar betul: Tak ker surat Rafizi ni buat orang itu menyinga?

Rafizi Ramli telah menambah 4 foto baru
20 jam
Assalamualaikum wbth
Ke hadapan Dato' Seri Salleh Ismail yang dikasihi
Saya ada terbaca berita mengenai keluhan Dato' Seri yang menghubungi Berita Harian sekitar jam 7 malam tadi kerana Dato' Seri belum menerima cek dari saya.
Saya ada sertakan petikan skrin dari Berita Harian sebab saya khuatir Dato' Seri ingat saya memfitnah Dato' Seri. Kalau Dato' Seri failkan saman terhadap saya sekali lagi kerana berita ini, nanti Dato' Seri kena bayar peguam yang mahal untuk menguruskan kes saman yang baru itu.
Saya minta maaf kalau sedikit kelewatan beberapa jam itu begitu meresahkan Dato' Seri sehingga mendorong Dato' Seri menghubungi wartawan (Rafidah) selepas waktu kerja biasa. Lagi pun saya tengok Rafidah telah pun menghubungi salah seorang peguam saya (En Razlan Hadri) yang telah mengesahkan bahawa saya telah menyerahkan cek kepada peguam saya. En Razlan juga telah pun memaklumkan Rafidah yang cek itu akan disampaikan kepada peguam Dato' Seri esok.
Semasa saya dan peguam saya berbincang mengenai kepada siapa saya patut menulis cek berjumlah RM306,999.18 itu, saya dinasihatkan untuk menulisnya kepada peguam Dato' Seri yang berbulan-bulan kononnya tidak dapat mencari saya. Padahal saya tiap-tiap hari ada buat #liveFB. Pusat Khidmat saya pun terbuka sepanjang minggu tetapi peguam Dato' Seri ini tidak dapat cari saya seperti mana pihak berkuasa tidak berjaya mencari Jho Low.
Mungkin sebab muka saya ada iras Cina sedikit dan saya pun tembam-tembam juga, agaknya kerani dari firma peguam Dato' Seri tersalah cari Jho Low!
Mulanya saya mahu membayar kesemua RM306,999.18 itu kepada Dato' Seri. Saya pun bersimpati dengan Dato' Seri. Setiap kali kita bertemu di mahkamah, Dato' Seri nampak murung sekali.
Saya tak salahkan Dato' Seri kerana bebanan hidup kebelakangan ini sangat menekan. Saya yakin Dato' Seri juga ada terkesan dengan GST, tambah-tambah dalam keadaan perniagaan Dato' Seri tidak begitu baik. Saya tahu pasaraya di Singapura itu ditutup dan mungkin juga perniagaan-perniagaan lain.
Oleh kerana saya memang tidak setuju dengan pengenalan GST sekarang, saya harap Dato' Seri bersabar selagi kita tidak menukar kerajaan kerana selagi itulah kita kena bayar GST.
Hati saya memang mahu membayar kesemua RM306,999.18 kepada Dato' Seri.
Kemudian barulah peguam saya mengingatkan bahawa RM306,999.18 bukan semuanya milik Dato' Seri.
Mengikut notis mahkamah yang peguam Dato' Seri tampal di pintu rumah saya minggu ini, hanya RM150,000 yang perlu dibayar kepada Dato' Seri (beserta faedah).
RM50,000 lagi (beserta faedah) sebenarnya diarahkan dibayar kepada NFC. Saya pun tidak ingat berapa lagi wang baki dari RM250 juta yang belum dibelanjakan yang telah dipulangkan kepada kerajaan, tetapi jumlah yang dibelanjakan untuk membeli kondominium dan harta lain adalah lebih dari RM50,000.
Jadi wang RM50,000 ini diperlukan oleh NFC untuk membayar balik wang rakyat yang sudah dibelanjakan tetapi NFC masih berhutang dengan rakyat Malaysia.
Baki RM100,000 lagi adalah jumlah khusus untuk dibayar kepada peguam-peguam Dato' Seri. Saya tahu peguam Dato' Seri tidak mengambil kes ini secara percuma seperti peguam- peguam saya.
Untuk meringankan beban kewangan Dato' Seri yang sudah banyak (dengan GST dan lain-lain), saya kena pastikan wang RM100,000 ini sampai kepada peguam.
Daripada menulis 3 cek yang berasingan kepada 3 pihak, saya telah menulis kesemuanya kepada peguam Dato' Seri yang bernama Khalek Awang itu. Saya telah meminta peguam saya Siau Sun & Michele untuk berhubung dengan peguam Dato' Seri supaya cek dapat diserahkan secepat mungkin. Saya ingat agaknya dengan cara itu juga peguam Dato' Seri boleh belajar kaedah yang lebih mudah untuk menghubungi saya iaitu melalui peguam masing-masing.
Itu pun saya agak keberatan untuk menulis cek sekaligus kepada peguam Khalek Awang kerana saya ingat Dato' Seri mungkin lebih memerlukannya. Tetapi saya tidak mahu menyusahkan Dato' Seri takut-takut Dato' Seri ingat wang kepada peguam atau NFC boleh digunakan sesuka hati. Saya takut Dato' Seri terbelanja wang yang milik NFC atau peguam Dato Seri untuk menternak lembu, seperti dulu Dato' Seri terbelanja wang RM250 juta untuk membeli kondominium.
Saya harap menjelang jam 7 petang esok Dato' Seri dapatlah cek itu. Saya harap kalau Dato' Seri gembira pun jangan sampai tidur dengan cek itu.
Satu perkara lagi, ada kawan saya di Pandan tanya sama ada Dato' Seri sudah bayar kesemuanya wang RM250 juta yang diambil untuk bela lembu dahulu. Kata kawan saya, kalau Dato' Seri cepat-cepat bayar, boleh juga kami gunakan wang itu untuk kurangkan GST atau kurangkan harga petrol.
Kalau boleh Dato' Seri bayarlah sebelum pukul 7 petang esok, saya bimbang kawan saya itu akan sawan dan mula menelefon wartawan Berita Harian kerana belum menerima RM250 juta milik rakyat itu.
Baiklah Dato' Seri anak saya sudah marah kerana saya sibuk menulis surat kepada Dato' Seri. Katanya dulu saya selalu tiada di rumah kerana mencari lembu di dalam kondominium-kondominium di Bangsar. Sekarang masih lagi berpusing-pusing dengan kes lembu ini.
Sampaikan salam kepada anak-anak Dato' Seri juga.
Sampaikan salam hormat dan simpati kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil kerana beliau masih terpaksa bekerja pada umur ini walaupun dipencenkan sejak tahun 2008 lagi. Namun dalam keadaan serba GST ini, kita boleh bernafas lega sedikit kalau isteri kita ada pendapatan tetap. Lebih-lebih lagi Dato' Seri Shahrizat dapat gaji menteri tiap-tiap bulan.
Sehingga kita ketemu lagi minggu depan di Mahkamah Rayuan kerana mahkamah akan memutuskan permohonan rayuan saya membatalkan keputusan yang berpihak kepada Dato' Seri.
Jika saya menang, In Sha Allah saya akan menampal notis tuntutan sebesar pintu rumah di pintu pagar rumah Dato' Seri untuk membayar kembali jumlah RM306,999.18 ini.
Saya bergurau sahaja. Saya yakin jika pun Dato' Seri diarahkan mengembalikan wang itu minggu depan, seminggu dapat merasa wang itu bolehlah mengurangkan beban beberapa sen membayar GST untuk minggu ini.
Saya mendoakan Dato' Seri sekeluarga bahagia dan kekal sampai bila-bila.
Yang benar
Rafizi
25 September 2017
1130 malam
PS: Dato' Seri masih menjual daging lembu di Meatworks? Kalau masih ada, ingat nak singgah belanja Tun Mahathir minggu depan.
 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fnG7RA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.