Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tak ada, orang nak bawa pergi kerja, nanti kita tak ada duit Abang Long” – Emak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tak ada, orang nak bawa pergi kerja, nanti kita tak ada duit Abang Long” – Emak

PETALING JAYA: Video seorang remaja berpakaian sekolah bertindak memukul seorang wanita yang dipercayai ibunya menjadi tular pada Selasa. Rakaman berdurasi 43 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu memukul ibunya tanpa belas kasihan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Syukri, 16, dipercayai berang apabila ibunya enggan memberikan sejumlah wang yang diminta.

Malah, dia turut dilihat mahu membaling kerusi dan mengugut untuk menumbuk muka ibunya kerana tidak endah dengan permintaannya.

 Wanita tersebut didengar berkata dia tiada wang seperti yang diminta remaja terbabit.

“Tak ada, orang nak bawa pergi kerja, nanti kita tak ada duit abang long,” rayu wanita itu.

Turut kedengaran suara seorang lagi wanita yang dipercayai nenek remaja tersebut yang memintanya supaya menghentikan perbuatan kurang ajar itu.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri Taman Bukit Teratai, Ampang kira-kira pukul 9 pagi Selasa.

Perbuatan biadap itu turut dikecam netizen yang bertindak berkongsi video tersebut di laman Facebook supaya remaja terbabit dapat dikesan untuk tindakan susulan.

@Rahimah Ali Ahmad berkata:”Makin ramai si Tanggang zaman sekarang ni.”

@Han Too berkata:”Kurang ajar. Sehari RM10 belanja sekolah? Apa barang lu makan kat sekolah ne. Untung la lu, wa sekolah dulu sehari RM2 je. Lu memang tak tau nak bersyukur la.

@Zaidah Mohd Sari berkata:”Tak cium syurga dik buat mak macam tu. Masih boleh berubah dan bertaubat sebelum terlambat.”

Kredit :
– www.mstar.com.my



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xxYTOv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.