Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemalangan Mac lalu, meninggal hari ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemalangan Mac lalu, meninggal hari ini

PERMAISURI: Selepas enam bulan bertarung nyawa, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29, di sini, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Sungai Bari di sini, petang tadi.

Che Ahmad Zakwan Abd Rashid, 12, meninggal dunia jam 2 petang kesan daripada kecederaan parah dialaminya akibat kemalangan jalan raya pada Mac lalu.

Dia cedera parah di kepala selepas Toyota Innova yang dinaiki bersama 10 individu termasuk pemandu, terbalik di Kilometer 47 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Bari, pada 18 Mac lalu.

Mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri di rumah penyelia asrama. Dalam kemalangan itu, rakan Allahyarham, Aqil Iskandar Azrol Affendi, 12, meninggal dunia di lokasi.

Bapa Allahyarham, Abd Rashid Mohd Yusof, 47, ketika dihubungi, berkata selepas kemalangan itu anak bongsu dari empat beradik itu koma selama tiga hari sebelum ditempatkan di wad biasa hampir sebulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ahmad Zakwan kemudian dibenarkan pulang ke rumah, namun perlu menjalani rawatan susulan kerana tempurung kepalanya terpaksa dibuang selain bergantung hidup kepada mesin pernafasan.

Dia juga ketinggalan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu lalu kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

"Jika diikutkan sepanjang bulan ini, arwah perlu menjalani sesi rawatan susulan di hospital termasuk pembedahan memasukkan semula tempurung kepala kiri yang dikeluarkan sementara untuk mengeluarkan darah beku.

"Bagaimanapun, petang tadi, arwah menghembuskan nafas terakhir," katanya.



Sumber Kemalangan Mac lalu, meninggal hari ini

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y51kuR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.