Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkasa: Sekat kemasukan sarjana asing bawa fahaman bertentangan Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkasa: Sekat kemasukan sarjana asing bawa fahaman bertentangan Islam

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa mencadangkan Kementerian Dalam Negeri mewujudkan pangkalan data mengenai sarjana asing yang menyokong liberalisme, rasionalisme dan orientalisme.

amini-akyol

PETALING JAYA: PAS dan sebuah NGO hari ini mempertahankan tindakan pihak berkuasa menahan penulis Turki, Mustafa Akyol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Amini Amir Abdullah menyokong penahanan Akyol yang membawa pemikiran bertentangan ajaran Islam.

Beliau turut mencadangkan Kementerian Dalam Negeri mewujudkan pangkalan data mengenai sarjana luar negara yang membawa aliran pemikiran liberalisme, rasionalisme dan orientalisme.

“Yang pertama sekali, dia pernah menyatakan syariah itu toksik dan orang yang melakukan dosa besar itu tak ada dalam Islam. Itu boleh mengelirukan pemikiran masyarakat.

“Daripada pangkalan data itu, kita boleh sekat mereka masuk ke dalam negara ini untuk menyebarkan fahaman mereka,” katanya kepada FMT hari ini.

Akyol dibebaskan tengah hari tadi, selepas ditahan di KLIA malam tadi dan dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil keterangannya.

Pengarah Jawi, Abdul Aziz Jusoh dilaporkan berkata, pihaknya memohon waran tangkap daripada Mahkamah Syariah terhadap Akyol selepas penulis itu gagal mematuhi surat perintah untuk hadir ke pejabat Jawi bagi membantu siasatan atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa turut dipanggil Jawi kerana “bersubahat” dengan Akyol untuk berceramah tanpa tauliah.

Akyol, 45, kerap mengkritik pendukung Islamis dan sekularis di Turki, dan menyokong kebebasan bersuara di negara Islam di samping mengkritik tindakan kerajaan Islam menggunakan undang-undang tidak demokratik atas nama agama.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sesiapa sahaja termasuk warga asing yang melanggar undang-undang negara perlu ditahan.

“Mana-mana kerajaan mempunyai hak untuk memastikan keharmonian dan kestabilan negaranya dipertahankan dengan menyekat kedatangan tokoh-tokoh luar, bila difikirkan perlu.

“Negara Eropah banyak menyekat kedatangan (ulama terkenal) Dr Yusuf al-Qaradawi ke negara mereka, walaupun beliau ulama sederhana.

“Amerika Syarikat sendiri pernah menghalang kemasukan Dr Tariq Ramadan ke negara itu. Jadi, isu ini perkara biasa bagi sesebuah kerajaan.”

Katanya, suara 15 juta penduduk Islam di Malaysia lebih wajar didengari berbanding pendapat “dua tiga kerat” penyokong liberalis dan sekularis yang cuba merosakkan keharmonian negara.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan penahanan Akyol wajar kerana beliau boleh menimbulkan kebimbangan dan bahaya terhadap keamanan dinikmati umat Islam negara ini.

“Pada masa sama, kita kena ingat Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan hak asasi manusia sejagat ini perlu disesuaikan dengan keadaan di Malaysia.

“Dan mungkin apa yang diperkatakan oleh Akyol itu tidak selaras undang-undang dan keadaan di Malaysia,” katanya.

Apa jua ceramah menyentuh Islam perlu tauliah, kata Jawi


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Perkasa: Sekat kemasukan sarjana asing bawa fahaman bertentangan Islam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hsTl3H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.