Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 negara dengan kadar cukai pendapatan paling tinggi dalam dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 negara dengan kadar cukai pendapatan paling tinggi dalam dunia

Biasa kita dengar dan baca kisah rakyat Malaysia yang merungut apabila menerima perkhidmatan "ala kadar" daripada penjawat awam. Kerap kali mereka menggunakan ayat seperti "Eh, duit gaji kau tu aku yang bayar tau!"

Ataupun apabila ada individu yang tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan, mereka mengungkapkan kata-kata kecaman kepada pak-pak menteri kerana menggunakan "duit yang mereka bayar."

kadar cukai pendapatan negara tertinggi dunia

Sumber foto : The Star

Realitinya, adakah benar ANDA seorang pembayar cukai?

Mulai tahun 2015, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 selepas potongan KWSP sahaja perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Ini bermakna seseorang perlu mempunyai gaji pokok dalam anggaran RM3,200 setiap bulan untuk dikenakan cukai (dikira secara kasar tanpa mengira bonus atau bayaran elaun).

Walau bagaimanapun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji penengah (median) rakyat Malaysia hanyalah RM1,703 manakala gaji purata (mean) pula adalah RM2,463.

Selain itu, Menteri Kewangan pada tahun 2012 juga ada menjelaskan dalam sesi sidang dewan negara bahawa hanya 1.7 juta orang sahaja rakyat Malaysia yang layak dikenakan cukai bagi tahun berakhir 2010.

Ini belum dikira golongan yang membuat permohonan bayaran balik lebihan cukai. Bagi tahun taksiran yang sama, pihak LHDN telah membuat bayaran balik sebanyak RM828 juta kepada hampir 960,000 orang pembayar cukai.

cukai malaysia oecd statistik

Tahukah anda, sebenarnya kutipan dan kadar cukai di Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding purata negara-negara di bawah Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Melalui laporan tahunannya, OECD mengeluarkan statistik percukaian bagi 35 buah negara yang menjadi ahli. Jadi, kali ini kami kongsikan 5 buah negara yang paling banyak memeras cukai kepada rakyat.

5. Itali

Di Itali, isi rumah dengan pendapatan tunggal perlu membayar sebanyak 38.6% cukai manakala warga Itali yang bujang pula dikenakan purata 47.8% setiap tahun.

4. Perancis

Ibu bapa dengan dua orang anak yang bekerja di negara ini perlu membayar cukai tahunan setinggi 40% manakala pembayar cukai yang masih bujang pula lebih menderita dengan jumlah 48.1% yang ditolak daripada gaji tahunan.

negara cukai tertinggi di dunia 2

3. Hungary

Hungary mengenakan kadar cukai pendapatan sama rata sebanyak 15% namun ia terpakai untuk semua jenis pendapatan termasuklah elaun, dividen, faedah, sewa hartanah dan sumbangan insurans sosial.

Jumlah cukai bagi orang perseorangan pula adalah sebanyak 48.2%. Jika individu itu sudah berkeluarga dan berpendapatan tunggal, kadar cukai dikurangkan menjadi 33.7%.

2. Jerman

Perbelanjaan kerajaan Jerman yang melibatkan kos ketenteraan dan pertahanan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jadi, untuk mengekalkan momentum, kadar cukai ke atas rakyat juga perlu selari. Oleh itu, mereka mengenakan cukai maha dahsyat sehingga 49.4% bagi individu yang belum berkahwin. Bagi keluarga dengan dua anak dan berpendapatan tunggal pula, kadar sebanyak 34% perlu dibayar setiap tahun.

1. Belgium

Jika anda merupakan seorang rakyat Belgium yang bekerja dan masih bujang, anda perlu membayar cukai setinggi 54% setiap tahun. Bayangkanlah jika gaji anda RM34,000 setahun, sebanyak RM18,360 terus masuk dalam akaun kerajaan.

Kalau anda seorang suami yang sudah berkeluarga dan isteri hanya seorang suri rumah, sebanyak 38.6% cukai akan ditolak daripada gaji bersih anda.

negara cukai tertinggi di dunia

Di Malaysia, jika gaji anda melebihi RM1 juta sekalipun, hanya 28% kadar cukai yang dikenakan. Persoalannya, adakah anda sudah menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan membayar cukai pendapatan dan cukai perniagaan?

Cukai, cukai juga. Tuntutan zakat jangan sesekali dilupakan.

Rujukan : OECD



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y4V9at

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.