Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Perkara Utama yang Patut Anda Tahu Pada Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Perkara Utama yang Patut Anda Tahu Pada Hari Ini

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. Pelan Reformasi Cukai Trump

Trump mengusulkan pelan reformasi cukainya pemotongan cukai korporat kepada 20% dari 35% dan pemotongan cukai pendapatan individu dari 39.6% kepada 35%.

Disamping itu, terdapat empat asas utama dalam pembaharuan cukai. Pertama, memastikan kod cukai yang mudah, adil dan mudah difahami. Kedua, naikkan gaji pekerja Amerika supaya mereka boleh menyimpan lebih banyak pendapatan hasil kerja keras mereka. Ketiga, menjadikan Amerika tumpuan pekerjaan dengan memperbanyakkan bilangan perniagaan dan pekerjaan.Terakhir, bawa pulang semula dana berjumlah trillion dolar di luar negara dan melabur ke dalam ekonomi US.

Meskipun pasaran optimis dengan rangka refomasi cukai ini, usulan ini akan berhadapan perdebatan di kongres antara parti Republik dan Demokrat.

2. Hasil Bon dan US Dolar terus meningkat.

Hasil bon terus meningkat pada minggu ini rentetan sikap optimis para pelabur terhdap ekonomi U.S dan pelan reformasi Trump. Disamping itu juga yang menyumbang kenaikan hasil bon adalah jangkaan kenaikan kadar faedah di bulan Disember.

Dollar indeks berada pada 93.24 hampir mencapai paras tertinggi iaitu 93.50 sejak bulan Ogos 23.

3. Data Pertumbuhan Ekonomi

Para pelabur menanti bacaan akhir pertumbuhan ekonomi U.S pada suku tahun kedua iaitu pada jam 8.30 p.m. Dianggarkan kadar tahunan pertumbuhan ekonomi adalah pada paras 3.0% bagi suku kedua April-Jun berbanding 1.4% pada suku tahun pertama.

Selain laporan GDP, data mingguan jobless claims juga akan dikeluarkan pada waktu yang sama.

Para pelabur juga menanti komentar penolong pengerusi Fed Stanley Fischer pada jam 10.15 p.m. Turut terlibat Presiden Fed Kansas City Esther George dan Raphael Bostic yang merupakan presiden Atlanta Fed.

4. Harga minyak U.S meningkat.

Harga minyak mentah dunia meningkat yang menunjukkan tanda-tanda bahawa pasaran sedang kembali seimbang.

Harga minyak mentah U.S meningkat 1.2% iaitu kepada $52.78 setong yang merupakan harga tertinggi sejak 19 April.

Minyak mentah Brent pasaran hadapan bagi negara-negara di luar US, meningkat 0.54% iaitu pada $57.86 setong.

Selepas mencapai paras terendah pada bulan Jun, harga minyak telah meningkat sekitar 20%. Hal ini adalah disebabkan faktor-faktor perjanjian antara OPEC dan non-Opec untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan perlanjutan perjanjian tersebut.

5. Toshiba berjaya menjual Cipnya pada nilai $18 billion.

Akhirnya, Japan’s Toshiba Corp telah mentandatangani kontrak jualan cip sebanyak $18 billion kepada konsortium yang dipimpin oleh Bain Capital LP selepas melalui rundingan yang panjang.

The post 5 Perkara Utama yang Patut Anda Tahu Pada Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHBxre

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.