Hi! Welcome Back and Stay Tune! Agenda apa tarik tahfiz bawah kerajaan pusat — Amidi Abdul Manan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Agenda apa tarik tahfiz bawah kerajaan pusat — Amidi Abdul Manan

28 SEPTEMBER — Institusi tahfiz dikategorikan sebagai sekolah agama rakyat. Ia biasanya berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sebagai sebuah institusi pendidikan kerakyatan, penubuhannya datang daripada inisiatif rakyat. Walaupun demikian, sekolah agama rakyat masih tertakluk dengan pelbagai syarat dan peraturan seperti yang telah ditetapkan di negeri masing-masing.

Kebiasaannya operasi sebuah sekolah agama rakyat bermula apabila kebenaran untuk beroperasi secara sementara diberikan oleh pihak yang berwajib. Ia tertakluk bawah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri.

Struktur pengurusan mestilah jelas agar ada pihak atau individu yang boleh dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat masalah dan isu yang timbul.

Ketika inilah proses pengumpulan dana berlaku. Pelajar mula mendaftar dan guru mula menjalankan tugasnya. Bangunan yang biasanya dalam keadaan yang amat sederhana dijadikan tapak permulaan bagi sebuah sekolah agama rakyat.

Sebelum tempoh kebenaran beroperasi secara sementara tamat, pihak JAIN akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan segala keperluan sebagai sebuah institusi pendidikan dipenuhi.

Secara jelas di bawah enakmen, kelulusan pendaftaran juga bergantung kepada aspek keselamatan dan kesihatan. Sudah tentu keselamatan bangunan akan dirujuk kepada Jabatan Bomba dan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala kesihatan pula diperiksa oleh Jabatan Kesihatan.

Antara aspek yang turut diteliti adalah kelulusan guru, kemudahan pembelajaran, kesesuaian bangunan dan lain-lain keperluan yang berkaitan.

Sekiranya semua prosedur berlangsung, seperti yang sepatutnya, tiada sebab mengapa institusi pendidikan agama rakyat perlu diletakkan bawah Akta 550.

Akta 550 adalah satu akta yang digubal bagi memastikan perjalanan institusi pendidikan di Malaysia berjalan seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia. Semua kuasa dipusatkan kepada menteri yang dipertanggungjawabkan.

Antara yang menjadi perhatian adalah kelulusan ikhtisas guru. Setiap tenaga pengajar perlu mempunyai sijil atau kelayakan yang diperakui oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikian pihak kementerian memerlukan satu bentuk penilaian bagi membolehkan para tenaga pengajar tahfiz diiktiraf oleh kerajaan.

Persoalan silibus pengajian juga perlu difikirkan. Pusat pengajian tahfiz biasanya menumpukan pengajian al-Quran. Ada pusat-pusat tahfiz tidak menyediakan para pelajarnya untuk menduduki peperiksaan awam seperti PT3, SPM mahu pun STAM. Perkara ini adalah perkara yang amat sensitif dan bakal menimbulkan perdebatan yang panjang.

Had umur juga perlu diberikan perhatian. Pelajar seawal 5 tahun sudah memulakan pengajian di tahfiz. Ada yang selesai menghafal sesingkat tiga tahun dan ada yang mengambil masa yang lama dalam menyudahkan hafalan. Perkara sebegini juga perlu dibincangkan dengan teliti.

Pelbagai perkara perlu diteliti sebelum cadangan memasukkan institusi tahfiz di bawah Akta 550. Adakah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri tidak memadai? Sedangkan pihak JAIN dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) boleh menarik balik kelulusan pendaftaran jika syarat-syarat penubuhan tidak dipenuhi.

Institusi pendidikan agama rakyat ini juga terkait dengan kesahihan pengajian agama yang diajarkan. Pertumbuhan ajaran sesat juga perlu diberikan perhatian yang mana pemantauan ini memerlukan kepakaran di bawah JAIN.

Oleh itu secara jelasnya mengupayakan penguatkuasaan terhadap institusi pengajian agama adalah jawapan yang lebih praktikal berbanding meminda Akta 550 atau dengan kata lain memindahkan sekolah agama rakyat dari pihak berkuasa agama negeri kepada pentadbiran kerajaan persekutuan.

Jika keselamatan premis yang menjadi punca kepada cadangan ini, penguatkuasaannya adalah pada pihak berkuasa tempatan dan bomba bukan memasukkan institusi tahfiz di bawah Akta 550.

Keutamaan perlu diberikan oleh MAIN dalam mengagihkan hasil zakat untuk meningkatkan keselamatan premis-premis pengajian agama seperti tahfiz, prasekolah Islam, pusat pengajian warga emas Islam dan lain-lain lagi yang seumpamanya.

Kita khuatir langkah memindahkan pentadbiran sekolah agama dari negeri kepada persekutuan mempunyai agenda yang tersembunyi, bukan untuk menyelesaikan isu keselamatan.

* Amidi Abdul Manan adalah pengerusi Pertubuhan Pendidikan Sejahtera Malaysia (Pendidik)

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat peribadi Malay Mail Online



Sumber Agenda apa tarik tahfiz bawah kerajaan pusat — Amidi Abdul Manan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yayCJ7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.