Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMANAH: Rundingan dengan PAS tak akan berjaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMANAH: Rundingan dengan PAS tak akan berjaya

Anggota Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin yakin bahawa rundingan antara PKR dan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak akan datang berjaya.
“(Secara) peribadi, saya tak ada masalah (dengan rundingan) walaupun saya tak optimis (rundingan) akan berjaya.

“Mengenali PAS-lah,” katanya bekas peguam PAS itu kepada Malaysiakini.
Hanipa antara ramai lagi pemimpin kanan parti itu yang menubuhkan AMANAH sebagai parti Islam baru selepas tewas dalam pemilihan ketika muktamar PAS 2015.
Beliau hari ini diminta menghuraikan pendiriannya di Facebook yang menyatakan rasa tidak percaya terhadap PAS dan Umno.

Katanya, beliau mengenali PAS seperti Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mengenali Umno kerana pernah bersama dalam parti itu.
“...kalau saya, maaf, senang saja, jangan percaya pada dua-dua makhluk ini, itu saja. Itu sayalah yang tak arif sangat sepak terajang politik.
“Jika orang lain nak percaya, terpulang pada mereka. Mari kita merayakan perbezaan, mengikut asas demokrasi, apa macam,” katanya.
Malaysiakini 4/9/17


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eUJcbT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.