Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranakan Rosak Akibat Endometriosis Tahap 4, Ini Dugaan Yang Perlu Dilalui Oleh Mawar Untuk Hamil. Bukan Mudah! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranakan Rosak Akibat Endometriosis Tahap 4, Ini Dugaan Yang Perlu Dilalui Oleh Mawar Untuk Hamil. Bukan Mudah!


Dua tahun mendirikan rumah tangga pasangan selebriti Fizo dan Mawar masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun berkat kesabaran dan usaha rezeki pasangan ini menjelma bila Mei lalu Mawar akhirnya diberitakan hamil.

Bagi membantu kehamilan, Fizo dan Mawar sebenarnya mendapatkan khidmat rawatan daripada pakar sakit puan terkenal Dr. Hamid Arshat. Dan semalam pakar ini telah berkongsi permasalahan yang dialami oleh Mawar hingga menyebabkan usahawan tudung terkenal ini lewat hamil.

Penyebab utama yang dikesan menurut beliau adalah kerana Mawar mengalami masalah endometriosis. Semoga perkongsian berilmu daripada Dr Hamid ini membantu wanita lain yang belum dikurniakan cahaya mata .
Kisah pasangan Fizo dan Mawar

Penyakit endometriosis merosak peranakkan. Saluran fallopian boleh tersumbat. Cyst boleh tumbuh dalam ovari. Rahim boleh bengkak dan melekat kepada usus. Tapi dengan rawatan sewajar, masih ada peluang hamil dengan izin Allah

Mawar dan Fizo jumpa saya untuk kali pertama pada 6 hb January 2016 . Mereka telah kahwin selama 2 tahun lebih, tapi belum dikurniakan rezeki zuriat. Mereka jumpa saya untuk perundingan dan rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan.

Apabila saya kaji sejarah Kesihatan Mawar ialah masalah senggugut yang beliau alami sejak zaman remaja.Kesakitan ini ada kalanya sangat teruk dan memerlukan ubat penawar sakit.


Setelah berkahwin, senggugut ini terus mengganggu. Ini satu tanda penyakit dalam peranakkan, khususnya endometriosis. Senggugut tanpa penyakit biasanya akan lenyap dengan sendiri selepas berkahwin.
Rahim melekat pada usus

Tiada gejala atau gangguan lain. Setelah menjalani pemeriksaan dan ultrasound scanning, saya dapati Mawar mengidap penyakit endometriosis , dengan ovarian cyst kanan, rahim bengkak sebab adenomyosis dan rahimnya retroverted.

Setelah berbincang, mereka setuju untuk menjalani pembedahan laparoscopy dan minilap. Pembedahan tersebut yang dilakukan pada 14 hb January 2016.

Penemuan dalam pembedahan amat mengejutkan; endometriosis telah ke peringkat 4, rahim lekat kepada usus dan kedua-dua saluran fallopian tersumbat dan cyst 4 cm pada ovary kanan. Banyak parut-parut dan lekatan akibat penyakit endometriosis.


Dalam pembedahan saya buang cyst, baik pulih kedua saluran fallopian dan rahimnya diperbetulkan daripada retroverted kepada anteverted.

Dengan situasi kerosakkan teruk pada peranakkan, Mawar perlu berusaha keras untuk membaik pulih peranakannya.

Haid perlu dihentikan untuk bantu proses pemulihan

Di samping itu haidnya perlu dihentikan untuk 3 bulan atau lebih untuk membantu proses pemulihan. Saya berikan suntikan lucrin sekali yang berkesan selama 3 bulan. Kesannya saperti orang menopause; hormone estrogen disekat sepenuhnya.

Simptom-simptom menopause memang amat dirasai oleh Mawar, khususnya panas badan, gangguan-gangguan emosi dan tidur, lenguh-lenguh sendi dan lain-lain. Fizo pun sering ceritakan hal ini pada saya.

Tempoh ini sangat penting untuk beri peluang kepada peranakkan untuk menjalani proses baik pulih. Di samping itu, Mawar perlu makan bahan-bahan yang berzat dan berkhasiat.

Saya nasihatkan 70% makanannya terdiri dari yang mentah dan segar. Mawar juga diberi supplement multivitamin, vit C, vit E, fish oil Dan calcium.
Alhamdulillah hamil

Saya periksa Mawar setiap 3 bulan dan setahun lepas pembedahan masih lagi belum hamil. Tapi bila saya scan rahim nya normal dan anteverted.

Saya ingin tahu sama ada saluran fallopian yang dulu tersumbat dan telah saya repair sudah pulih atau belum. Pada 27 hb February 2017, Mawar menjalani x-ray HSG.


Alhamdulillah, keputusannya kedua-dua fallopian tube sudah terbuka, hanya ada sikit peritubal adhesion. Saya nasihatkan Mawar dan Fizo jika masih belum hamil dalam tempoh 6 bulan, sebaiknya buat rawatan bayi tabung uji atau IVF.

Alhamdulillah, pada 16hb May Mawar disahkan hamil, lambat haidnya selama 4 hari. LMP 12 hb april 2017.


Sumber: Dr Hamid Arshat via Vanilla Kismis


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eV55Ii

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.