Elektrik terputus,126,171 pengguna terjejas bekalan air
Sebanyak 126,171 akaun pengguna di daerah ini dan Kulai terjejas ekoran Loji Rawatan Air (LRA) Semangar, Kota Tinggi berhenti operasi bermula semalam berikutan bekalan tenaga elektrik Tenaga Nasional berhad (TNB) terputus.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, LRA Semangar berhenti operasi sejak pukul 4.20 petang dan hingga kini bekalan elektrik masih belum pulih.
Menurutnya, kawasan di daerah ini yang mengalami gangguan bekalan air termasuk Kempas, Tampoi, sebahagian Skudai dan kawasan Iskandar Puteri, Gelang Patah, manakala Kulai termasuk Senai.
“Pihak TNB Kota Tinggi memaklumkan berlaku kerosakan serius pada bekalan elektrik untuk kawasan Semangar termasuk ke LRA Semangar dan bekalan ke Kampung Semangar Dalam, namun tidak dimaklumkan terperinci kerosakannya.
“Bagi menangani masalah itu. buat masa ini, pihak TNB akan menghantar dua unit set generator, masing-masing sebuah untuk kawasan Semangar dan Kampung Semangar Dalam, kuarters dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Usaha membaik pulih tenaga elektrik itu sedang giat dijalankan oleh pihak terlibat, sekali gus diharap dapat dilakukan dengan segera supaya bekalan air dapat disalurkan semula kepada pengguna yang terjejas, katanya sambil meminta orang ramai yang terjejas menghubungi talian mesra SAJ Info Centre di 1800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ditalian 019-7727474.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Elektrik terputus,126,171 pengguna terjejas bekalan air
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJu0pV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment