Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buaya satu tan masuk bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buaya satu tan masuk bandar

Loading…
Buaya satu tan masuk bandar

Buaya tembaga seberat satu tan terpaksa diangkat menggunakan forklift selepas tersesat dari Sungai Limbang yang terletak kira-kira 200 meter dari bandar Limbang awal pagi kelmarin.


LIMBANG – Penduduk di Bandar Limbang bertempia­ran lari apabila berdepan de­ngan kejadian menakutkan apabila terserempak seekor buaya seberat satu tan di tengah-tengah pekan itu pagi kelmarin.
Kejadian buaya sesat sehingga masuk ke kawasan perumahan Westlake Centre di sini pertama kali berlaku sehingga menjadi tular dalam kalangan pengguna laman sosial.
Difahamkan buaya jantan sepanjang lima meter itu datang dari Sungai Limbang yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan Bandar Limbang.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, buaya daripada spe­sies tembaga itu dengan berat sekitar 1,000 kilogram dan panjang hampir lima meter itu ditemui pukul 7.36 pagi.
Menurutnya, orang awam yang terkejut segera menghubungi Balai Bomba Limbang bagi mendapatkan khidmat bantuan menangkap repti­lia berkenaan yang cuba mengancam nyawa semua penduduk di situ.
“Beberapa anggota dan pegawai bomba yang tiba terus me­lakukan kerja-kerja menangkap dengan menutup kepala dan mengikat ke­semua bahagian kaki reptilia itu.
“Pasukan keselamatan mengambil masa kira-kira 30 ke 40 minit untuk menangkap dan mengikat haiwan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.


The post Buaya satu tan masuk bandar appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eDpPqZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.