Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-gara pecahkan belon dan tarik kain rentang gerai, eksekutif dipukul sampai mati oleh urusetia program - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-gara pecahkan belon dan tarik kain rentang gerai, eksekutif dipukul sampai mati oleh urusetia program

gambar hiasan

Angkara memecahkan belon dan menarik kain rentang gerai pameran sebuah hotel dekat Stulang Laut di sini, seorang eksekutif pemasaran dipukul sehingga mati oleh urusetia program berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang dipukul dilaporkan mengalami kecederaan parah pada muka sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan pada jam 5 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis I Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Rupeah Abdul Wahid, berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian memukul hingga menyebabkan kecederaan parah pada mangsa pada jam 10 pagi semalam.

Katanya, kejadian berlaku di sebuah hotel di Stulang Laut di sini membabitkan lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran.

“Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam, apabila mangsa dan rakannya yang selesai minum di sebuah pub di kawasan Stulang, beredar ke tempat letak kenderaan di tingkat lima hotel berkenaan.

“Ketika melalui kaki lima hadapan bilik pameran yang disewa bagi tujuan program promosi pelancongan, mangsa bertindak memecahkan beberapa belon yang digantung pada tepi pintu bilik, selain menarik kain rentang yang dipasang bagi acara itu.

“Perbuatan itu disedari suspek yang kebetulan sedang minum di lokasi berdekatan, sebelum menjerit kepada mangsa hingga tercetus pertengkaran. Suspek kemudian menumbuk muka mangsa beberapa kali hingga menyebabkan kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rupeah berkata, suspek berusia 40 tahun itu didapati seorang daripada urusetia yang terbabit dalam program yang dianjurkan hotel berkenaan.

Beliau berkata, susulan kematian mangsa, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

 

Sumber: BH Online



Sumber Gara-gara pecahkan belon dan tarik kain rentang gerai, eksekutif dipukul sampai mati oleh urusetia program

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZda4l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.