Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bunuh 23 Penghuni Pusat Tahfiz, 2 Remaja Didakwa Mengikut Seksyen 302. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bunuh 23 Penghuni Pusat Tahfiz, 2 Remaja Didakwa Mengikut Seksyen 302.

KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh suspek kes membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan.


Dua pesalah berusia 16 tahun hanya mengangguk sambil menjawab "Saya faham" sebaik pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Berita Harian.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, prosiding pendakwaan yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi dilakukan secara tertutup kerana kedua-dua tertuduh adalah remaja bawah umur. 

Pihak media, orang awam serta keluarga mangsa diarahkan keluar dari kamar mahkamah dan tidak dibenarkan mendengar pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fB4XRO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.