Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berita Panas...Sajat Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Hatinya Hujung Tahun Depan. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berita Panas...Sajat Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Hatinya Hujung Tahun Depan.

PETALING JAYA: Nampaknya melepaslah jejaka-jejaka di luar sana termasuk Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah apabila usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.


Nur Sajat yang terkenal dengan tagline Let's Cantik Jangan Mengata berkata jika tiada aral melintang, beliau akan mendirikan mahligai bahagia bersama kekasih hatinya hujung tahun depan.

Namun, katanya, buat masa ini beliau mahu mencapai beberapa sasaran dalam hidupnya yang masih belum dicapai selain mahu mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.

"Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

"Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah," katanya kepada mStar Online.

Lelaki yang didakwa rapat dengan Sajat ketika ini.

Ketika ditanya mengenai soal kekasih, Sajat kini lebih terbuka bercerita mengenainya.

Malah, beliau mengakui sudah berpunya dan mengakui jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk.

"Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan," katanya.

Diminta mengulas mengenai lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat menyifatkan Raja Report Malaysia itu cuba mencari publisiti murahan dengan mengaitkan dirinya dan rakan industri, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

"Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

"Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya," katanya. - Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hyNwlA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.