Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Terbaik Untuk Besarkan Startup Anda Ke Peringkat Yang Seterusnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Terbaik Untuk Besarkan Startup Anda Ke Peringkat Yang Seterusnya

#1-Kaji Semula Pelan Bisnes Asal Anda.

Image result for expand startup

Ramai orang beranggapan tidak perlu untuk membaiki barangan yang tidak rosak atau perkara yang sudah berjalan lancar.

Sama juga dengan bisnes, jika perjalanan bisnes anda sudah berjalan lancar, mungkin anda rasa tidak perlu untuk kembali merangka pelan strategi bisnes yang baharu.

Ini bukanlah satu-satunya teori bisnes yang betul. Banyak perkara baharu dalam bisnes,pasaran dan ekonomi yang berubah dalam masa sehari.

Tiada ruginya jika anda kaji semula pelan bisnes anda dan lihat jika ada keperluan untuk membuat penambahbaikan pada pelan lama bisnes mengikut keperluan semasa.

Anda boleh memperbaharui strategi bisnes atau menambahkan matlamat syarikat sedia ada.

#2-Kendalikan Bisnes Anda Sebagai Syarikat Perkongsian Liabiliti Terhad.

Image result for expand startup

Perniagaan jenis ‘Sendirian Berhad’ lebih baik berbanding ‘Enterprise’ atau ‘Milikan Tunggal’.

Perniagaan jenis ‘Berhad’ lebih besar dan beroperasi pada skala yang besar.

Jika anda mengubah kategori perniagaan milikantunggal kepada perniagaan ‘Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), bermakna anda menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional.

Struktur perniagaan PLT direka untuk semua tujuan perniagaan yang sah di sisi undang-undang bertujuan untuk mendapat keuntungan.

PLT juga boleh dibentuk oleh golongan profesional seperti Peguam, Akauntan Bertauliah dan Setiausaha Syarikat bagi tujuan menjalankan amalan profesional mereka.

Konsep PLT juga akan menyokong perniagaan baru dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan mereka tanpa perlu bimbang terhadap liabiliti dan aset peribadi serta keperluan pematuhan yang ketat.

Antara yang lain, PLT memberi perlindungan liabiliti terhad kepada rakan-rakan kongsinya sama seperti liabiliti terhad yang dinikmati oleh pemegang saham sesebuah syarikat.

PLT juga memberi fleksibiliti peraturan perniagaan dalaman melalui pengaturan perkongsian yang serupa dengan sesebuah perkongsian konvensional.

Apa-apa hutang dan obligasi PLT akan ditanggung dan dibayar daripada harta PLT tersebut dan bukan daripada harta rakan-rakan kongsinya.

PLT mempunyai status undang-undang perbadanan pertubuhan yang boleh menyaman dan disaman atas nama PLT itu sendiri, memiliki aset atas namanya dan melakukan semua perkara lain yang sah di sisi undang undang atas namanya yang sama seperti sebuah perbadanan pertubuhan yang lain.

PLT juga menawarkan fleksibiliti dari segi penubuhan, penyelenggaraan dan penamatan dan mempunyai ciri-ciri dan tarikan yang dinamik agar dapat bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa.

Terpulang kepada usahawan untuk memilih kategori perniagaan yang mana satu asalkan bersesuaian dengan

#3-Wajib Untuk Anda Miliki ‘Website’ Syarikat Sendiri.

Image result for expand startup

Pada era milenia ini, tidak kiralah apa bentuk perniagaan yang anda jalankan sekalipun, anda harus menghubungkan syarikat anda dengan internet.

Walaupun anda tidak menjual melalui internet, namun majoriti pelanggan masa kini akan cuba mencari maklumat mengenai syarikat anda melalui internet.

Jika bisnes anda boleh dikomersialkan di mana-mana sahaja, website adalah cara terbaik untuk mengembangkan ‘startup’ anda.

#4-Didik Prospek Anda Mengenai Produk Syarikat.

Image result for expand startup

Ramai usahawan sering terlupa yang pelanggan hanya akan membeli produk yang mereka tahu.

Mereka lebih menumpukan untuk menjual produk berbanding mendidik bagaimana untuk menggunakannya.

Jika anda lebih mementingkan pemasaran dan jualan tanpa keinginan untuk mencipta kesedaran kepada prospek mengenai produk anda, ini adalah masa untuk anda menukar strategi.

#5-Anda Harus Fokus Kepada Bahagian Khidmat Pelanggan.

Image result for expand startup

Beri perhatian yang lebih kepada bahagian khidmat pelanggan anda kerana ia menjadi faktor kepada pertambahan pelanggan anda dan meningkatkan kadar jualan.

Jangan ragu-ragu untuk laburkan wang bagi menambahbaik pengalaman pelanggan semasa membeli atau melanggan daripada anda.

Pelanggan yang berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan pelanggan yang anda sediakan pasti akan terus setia menjadi pelanggan anda dan menyebarkan bisnes anda kepada orang lain.

#6-Kuatkan Strategi Komunikasi Anda Dengan Pelanggan.

Image result for expand startup

Hanya komunikasi yang baik dapat mengekalkan perhubungan dua hala syarikat dengan pelanggan.

Rajinkan dan ramahkan diri untuk bertanya dan bercakap kepada pelanggan bilamana perlu.

Mereka akan gembira sekiranya mereka dapat merasakan keikhlasan anda dalam berhubungan dengan mereka dan bagaimana kewujudan mereka penting untuk syarikat anda baik daripada aspek bisnes atau kehidupan.



Sumber Cara Terbaik Untuk Besarkan Startup Anda Ke Peringkat Yang Seterusnya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fvOcHD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.