Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dah Jumpa Ibu-Bapa Ridzuan Puzi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dah Jumpa Ibu-Bapa Ridzuan Puzi

 Pengarah filem Redha iaitu Tunku Mona Riza merancang untuk menghasilkan sebuah lagi filem berkisarkan kehidupan atlet Paralimpik Malaysia iaitu Ridzuan Puzi.

Mona berkata, kejayaan yang dikecapi oleh altet tersebut boleh menjadi inspirasi kepada penonton khususnya masyarakat Malaysia.

“Isha-Allah, saya sedang merancang untuk projek menghasilkan sebuah filem atlet paralimpik negara iaitu Ridzuan Puzi dan sekarang dalam proses mencari bahan.

“Saya sudah berjumpa dia, ibu bapanya dan orang sekelilingnya. Selain itu beberapa orang penting yang bertanggungjawab membawanya ke dalam bidang sukan secara serius,” ujarnya .

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, 30, mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik yang berlangsung di Rio, Brazil.

Katanya, dia mengikuti perkembangan atlet itu dan percaya beliau mempunyai cerita tersendiri yang menarik untuk dijadikan sebuah filem.

Tambah Tunku Mona lagi, dia juga sudah mempunyai calon pelakon yang sesuai membawakan watak berkenaan.

“Projek ini sudah bermula empat bulan lalu dan saya juga sudah jumpa pelakon yang bakal membawakan watak Ridzuan Puzi. Tapi saya tidak mahu dedahkan sekarang kerana bimbang tidak jadi.

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar saya akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Jelasnya, penggambaran dijangka bakal bermula pada awal tahun depan.

Sementara itu, Mona memenangi kategori Pengarah Harapan menerusi filem Redha di Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) pada Sabtu lalu.

Katanya, dengan beberapa kemenangan filem tersebut membuatkan dia lebih bersemangat untuk membuat filem-filem yang memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Alhamdulillah saya tidak sangka dipilih untuk menang kategori ini. Pada mulanya saya buat filem Redha itu hanya sekadar untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kanak-kanak autism,” ujarnya.

Filem Redha turut merangkul tiga anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Namron), Pelakon Wanita Harapan (June Lojong), dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq).

The post Dah Jumpa Ibu-Bapa Ridzuan Puzi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yuP96G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.