Hi! Welcome Back and Stay Tune! Iri Hati Jualan Kuih Lebih Laris, Lelaki Tetak Kawan Hingga Maut !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Iri Hati Jualan Kuih Lebih Laris, Lelaki Tetak Kawan Hingga Maut !!!

Iri Hati Jualan Kuih Lebih Laris, Lelaki Tetak Kawan Hingga Maut !!! | KITA VIRAL – Seorang lelaki Bangladesh dibunuh dengan kejam oleh rakan senegara semata-mata kerana ‘iri hati’ jualan kuih tradisionalnya tidak selaris kuih si mangsa.

 

Mayat lelaki itu dijumpai di dalam longkang di hadapan sebuah masjid di Seksyen 27 di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata mangsa lelaki itu berumur 30an yang menjalankan perniagaan menjual sejenis kuih tradisional dari Bangladesh di Seksyen 27 di sini.

IRI HATI KAWAN SENEGARA BERNIAGA LARIS

Lelaki itu dibunuh pada Khamis lalu oleh suspek yang turut menjalankan perniagaan yang sama.

“Mangsa mati akibat kecederaan di kepala akibat dihentak dengan penukul. Mayat mangsa juga ditetak, dilipatkan, dan dibungkus dengan guni sebelum dibuang ke dalam longkang di hadapan Masjid Baitul Mahabbah di sini.

“Penemuan mayat mangsa susulan daripada majikan mangsa yang membuat laporan polis pada tengah hari tadi bahawa mangsa tidak datang bekerja sejak Khamis lalu (21 Sept).

“Majikan mangsa turut membawa dua suspek lelaki warga Bangladesh berusia 30an yang didakwanya telah mengaku membunuh mangsa.

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi mayat mangsa dibuang pada kira-kira pukul 2 petang tadi,”katanya ketika ditemui pemberita di lokasi berkenaan di sini hari ini.

JUALAN KUIH TRADISIONAL DAPAT SAMBUTAN

Tambah Shafien melalui siasatan awal polis mendapati salah seorang suspek iri hati apabila jualan kuih mangsa mendapat sambutan lebih baik daripada kuih jualan suspek.

“Kedua-dua mereka menjual sejenis kuih tradisional dari Bangladesh.

“Suspek kemudian telah memanggil mangsa datang ke rumahnya di Taman Bunga Negara di sini pada Khamis kira-kira pukul 11 pagi dan membunuh mangsa.

“Mayat mangsa dibuang di dalam longkang di sini dengan bantuan suspek kedua pada kira-kira pukul 1.30 petang hari yang sama,”katanya.

Kata Shafien dengan penangkapan dua suspek itu kes berkenaan dianggap selesai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”katanya.

Sumber : MalaysiaGazette

The post Iri Hati Jualan Kuih Lebih Laris, Lelaki Tetak Kawan Hingga Maut !!! appeared first on KITA VIRAL.



✍ Sumber Pautan : ☕ KITA VIRAL

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fNiDWO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.