Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keluarga Mangsa Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Akur Perintah Mahkamah. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keluarga Mangsa Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Akur Perintah Mahkamah.


KUALA LUMPUR: Waris keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang hadir ke mahkamah untuk mengikuti prosiding pertuduhan akur perintah mahkamah yang mengarahkan hanya waris suspek boleh berada dalam kamar mahkamah.

Bapa kepada Mohd Shahir, mangsa yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, berkata dia akur walaupun dia mahu mendengar pertuduhan dibacakan.

“Saya hadir untuk mendengar pertuduhan, ikut perancangan saya ingin menghadiri keseluruhan prosiding perbicaraan.

“Bagaimanapun mahkamah memerintahkan supaya hanya waris suspek berada dalam mahkamah, walaupun saya ingin mengetahui perincian kes, saya akur dan serahkan kepada mahkamah untuk melaksanakan tugas mereka,” katanya kepada pemberita.

Seorang ibu mangsa yang terkorban, Hartini Abdul Ghani, 48, berkata dia berada dalam mahkamah ketika majistret mengeluarkan arahan untuk meninggalkan mahkamah.

“Pihak mahkamah memaklumkan bahawa perbicaraan berkenaan adalah tertutup dan hanya waris suspek boleh berada dalam mahkamah.

“Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka, saya akan tetap mengikuti perkembangan kes ini melalui laporan media, itu sahaja yang boleh saya fikirkan ketika ini,” katanya.

Kedua-dua mereka hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi bagi mengikuti prosiding pertuduhan membabitkan enam remaja yang ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Kejadian pada 5.15 pagi, 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangkap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.

Sumber: BH Online, HMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xE3i2s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.