Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Dengan Telinga Ashraf Muslim? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Dengan Telinga Ashraf Muslim?

PELAKON Ashraf Muslim terpaksa menjalani pembedahan kecil pada bahagian telinga kirinya bagi membuang lebihan cecair di telinga pada Isnin lalu.

Ashraf berkata pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas mengalami masalah itu sejak sebulan lalu namun memberitahu keadaannya tidak serius.

“Hanya pembedahan kecil sahaja bagi mengeluarkan lebihan cecair dalam telinga dan sekiranya ia dibiarkan ia boleh menyebabkan keadaan lebih serius.

“Kebetulan saya tengah lapang sekarang jadi terus pergi hospital untuk buat pembedahan kecil itu,” katanya.

Ashraf ditemui pada sidang media teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka yang diadakan di Istana Budaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu dia tidak mengetahui punca sebenar dia mengalami penyakit itu namun ia berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman.

“Doktor ada beritahu ia berkaitan dengan jangkitan kuman atau pun trauma pada bahagian telinga seperti ada tekanan atau pun posisi tidur yang menutup telinga terlalu lama.

“Hendak kata saya mengalami trauma tidak pula dan berkemungkinan ia berkaitan dengan jangkitan kuman,” ujarnya.

Terdahulu, Ashraf tampil ke sidang media itu dengan memakai penutup kepala dan ia menimbulkan tanda tanya tetamu yang hadir ke majlis itu.

Menerusi teater itu, Ashraf bakal menggalas peranan sebagai Tun Ali disamping Remy Ishak dan Maya Karin.

Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka bakal dipentaskan di Panggung Bangsawan Melaka pada 20 dan 21 Oktober depan.

The post Kenapa Dengan Telinga Ashraf Muslim? appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fv0Jv8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.