Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kronologi & Punca Gadis Dir0g0l Sebelum Kemaluan Ditusuk Dengan Batang Kayu. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kronologi & Punca Gadis Dir0g0l Sebelum Kemaluan Ditusuk Dengan Batang Kayu.

Misteri penemuan mayat gadis 17 tahun, Eka Yuniarti di tengah sawah di Pasuruan, Jawa Timur yang di percayai mangsa r0g0l dan bunuh akhirnya menemui titik terang selepas suspek utama di tahan polis dan mengaku melakukan jenayah tersebut. 


Suspek utama di kenali sebagai Muhammad Madinatul Huda, 17 tahun, yang juga merupakan rakan dekat mangsa. Sementara 3 lainnya yang di tahan masing-masing berusia antara 13 dan 14 tahun masih dalam siasatan lanjut.

Berdasarkan hasil siasatan dan keterangan suspek utama yang mengaku, akhirnya pihak polis berhasil mengungkap kronologi kejadian berkenaan.

Sebelum terjadi pembunuhan, suspek bersama 6 rakannya termasuk mangsa dikatakan tengah minum (mabuk) sekitar jam 21.00 malam pada 25 September 2017 lalu.

Dalam pesta minum-minum itu kumpulan berkenaan terlihat kereta polis sedang melakukan rondaan.

Cuba mengelak dari penglihatan polis, mereka masing-masing melarikan diri, kebetulan mangsa dan suspek yang merupakan rakan terdekat lari bersama ke kawasan sawah. Ketika bersembunyi, suspek bertindak cuba meraba-raba mangsa akibat pengaruh minuman.


Mangsa pada awalnya cuba melawan namun suspek bertindak kasar dengan menumbuk dan memukul kepala mangsa menggunakan batu.

Selepas puas melampiaskan n4fsunya, suspek kemudian sekali lagi memukul kepala mangsa menggunakan batu sebelum mencekiknya hingga mati, dan lebih memilukan apabila kemaluan mangsa juga turut di tusuk menggunakan batang kayu.

Menurut pengakuan suspek lagi, dia sebenarnya memiliki dendam kepada mangsa kerana mangsa sebelumnya pernah mengejeknya tidak kacak di hadapan kekasihnya.

Pada keesokan harinya, mayat gadis malang itu ditemui dengan keadaan setengah b0gel dengan luka dibahagian kedua mata dan mulut, dan dibahagian intim mangsa juga mengeluarkan darah.

Aiptu Joko Santosa, ketua polis Pasuruan hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pembunuhan gadis malang itu masih dalam siasatan lanjut.

“Pihak kami masih lagi mendalami kes, 4 lagi individu yang terlibat dalam pesta arak sudah di tahan. Namun pihak polis masih belum mengetahui sama ada mereka terlibat dalam pembunuhan tersebut,” katanya ketika dihubungi.




✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wXdF4c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.