Hi! Welcome Back and Stay Tune! Libatkan kampus, NGO majukan KL — Dr Hatta Ramli - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Libatkan kampus, NGO majukan KL — Dr Hatta Ramli

26 SEPTEMBER — Bukan perkara baharu mendengar ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur  atau KL, dilabel bermacam-macam dengan labelan yang buruk, jijik dan seolah-olehnya masalah sosial di Kuala Lumpur ini begitu parah. 

Saya sebahagian daripada masyarakat Kuala Lumpur yang hidup dengan aman dan bahagia juga terasa tidak senang akan apa yang telah dan sedang berlaku baru-baru ini. Masalah sosial tanpa mengira generasi umur semakin menjadi-jadi. 

Kuala Lumpur adalah sebuah kota yang memberi limpahan rezeki kepada jutaan rakyat Malaysia dan luar negara, maka kewujudan kepelbagaian dan kemajmukan budaya menjadi cabaran utama kita untuk memastikan nilai teras sebuah ibu kota kepada negara tercinta Malaysia kekal dipacu sepanjang pembangunan negara ini berjalan.  

Dengan menyambut usaha Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menteri Wilayah Persekutuan, dalam usaha perbincangan mengatasi masalah sosial di Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), saya dengan berbesar hatinya mengharapkan agar usaha yang dijalankan ini tidak terlalu bersifat "top-down  approach" (pendekatan dari pihak atasan ke bawah). 

Saya mencadangkan agar usaha ini perlu digerakkan bersama dengan pelbagai agensi-agensi bukan kerajaan (NGO) yang giat menjalankan pelbagai program kebajikan, pembangunan dan lain-lain. Malah, di Kuala Lumpur ini juga, kita boleh bekerjasama dengan universiti tempatan seperti Universiti Malaya (UM) dan institusi kajian yang wujud di sekitar Lembah Klang. 

Ini kerana, tidak cukup sekiranya perbincangan yang dijalankan hanya melibatkan pihak kementerian dan PBT dalam berhadapan dengan isu sosial di ibu kota rakyat Malaysia. 

Perancangan dan tindakan melalui pelbagai dasar yang bakal diperkenalkan perlu bersifat jangka panjang dan holistik yang menyentuh pelbagai isu pokok yang menatijahkan pelbagai permasalahan yang berlaku, seperti peluang ekonomi, pendapatan, pengangkutan, kos sara hidup, pendidikan dan sebagainya.

Akhir sekali, atas dasar kebersamaan untuk menjadikan Kuala Lumpur hebat semula dalam pelbagai aspek, saya dan Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan komited bersama dalam agenda murni membangun Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu kota kelas dunia yang seimbang dari sudut fizikal dan rohaniah. 

* Dr Hatta Ramli adalah pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat peribadi Malay Mail Online



Sumber Libatkan kampus, NGO majukan KL — Dr Hatta Ramli

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yDRxco

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.