Hi! Welcome Back and Stay Tune! MCA gunakan isu pelaburan China: Masih lakukah suara MCA kepada kaum cina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MCA gunakan isu pelaburan China: Masih lakukah suara MCA kepada kaum cina

MCA gesa penduduk Kuala Lumpur kembali sokong Barisan Nasional
September 25, 2017 08:06 MYT
MCA gesa penduduk Kuala Lumpur kembali sokong Barisan Nasional
Liow berkata jika sokongan terus diberikan kepada Pakatan Harapan, terutamanya DAP, ia hanya akan merugikan negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Masyarakat di Kuala Lumpur digesa kembali memberi sokongan kepada MCA, dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kerana hanya gagasan itu yang mampu meneruskan kesinambungan pembangunan negara, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata jika sokongan terus diberikan kepada Pakatan Harapan, terutamanya DAP, ia hanya akan merugikan negara kerana pakatan pembangkang itu lebih cenderung untuk menyekat pembangunan negara serta membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kita lihat pembangkang menggunakan pelbagai isu, memanipulasi isu, sehinggakan pelaburan China ke negara ini juga dipersoalkan. Kita bersusah payah wujudkan bilateral yang baik dengan China, tapi pembangkang persoalkan pelaburan negara asing, dan telah umumkan akan batalkan projek High Speed Rail dan sebagainya.

"Jelas, mereka ini nak balas dendam, pentingkan nafsu peribadi, bukan atas kepentingan rakyat. Sebab itu saya nak tegaskan penduduk di Kuala Lumpur perlu sokong BN dan MCA kerana KL ini akan jadi Greater KL yang akan menjadi pemangkin ekonomi negara, membawa pembangunan pesat, bukan sahaja kepada Kuala Lumpur , tetapi juga kepada seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai status dua kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak, Liow berkata sebarang isu mengenai kerusi hanya akan dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

"Memang dari segi pembahagian kawasan, kita akan ikut kuota yang telah kita setuju dulu. kalau lima (kerusi Wilayah Persekutuan) tu lima lah. Dan juga sebarang perubahan kerusi perlu dibincang dalaman, tak bincang di luar," katanya.

Kedua-dua kerusi berkenaan secara tradisinya merupakan kerusi MCA, tetapi pada PRU 2013, kerusi Wangsa Maju telah diberi kepada UMNO, yang menyaksikan calonnya Datuk Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR Datuk Dr Tan Tee Kwong dengan majoriti 5,511 undi.

Dalam pada itu, MCA Wilayah Persekutuan juga mahu agar kerusi Bandar Tun Razak kekal menjadi milik parti berkenaan, meskipun UMNO Bahagian telah mengutarakan usul dalam perhimpunan agung parti tahun lepas agar diberi peluang bertanding di kawasan itu.

Mengulas mengenai soal calon, Liow berkata pihaknya telah pun mengemukakan senarai penuh calon kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan dan dimuktamadkan.

"Kami telah pun mengemukakan senarai. Kami berpuas hati dengan muka baharu, calon kami bekerja keras di lapangan. Momentum dan rasa yakin itu ada, masyarakat gembira dengan perkhidmatan yang disediakan oleh calon kami," katanya sambil menambah lebih 50 peratus calon MCA terdiri daripada muka baharu. - sumber


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHbBMS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.