Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mexico Membuka Jalan Supaya Perbincangan NAFTA Dilanjutkan Sehingga 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mexico Membuka Jalan Supaya Perbincangan NAFTA Dilanjutkan Sehingga 2018

Mexico bersedia dengan sebarang kebarangkalian untuk perbincangan perjanjian perdagangan NAFTA yang rumit ini ditangguhkan sehingga tahun 2018, melebihi tarikh akhir yang ditetapkan pada akhir Disember tahun ini. Hal ini bertujuan agar tidak menganggu kempen pilihan raya pemilihan presiden Mexico yang akan bermula pada bulan Mac tahun hadapan.

Pertemuan 5 hari di Ottawa diantara U.S, Kanada dan Mexico telah menunjukkan tanda-tanda positif dalam rundingan. Walaubagaimanapun banyak gerak-kerja yang harus dilakukan sebelum akhir tahun ini agar dapat mencapai keputusan yang muktamad.

Menteri ekonomi Mexico, berpendapat isu yang dibincangkan dalam pusingan seterusnya di Washington pada 11-15 Oktober akan lebih mencabar.

Ketiga-tiga negara itu optimis untuk menyelesaikan rundingan itu secepat mungkin dan melakukan rombakan terhadap perjanjian NAFTA yang telah berusian 23 tahun walaupun terdapat kesangsian dalam kalangan pakar-pakar perdagangan bahawa tarikh akhir yang dijangkakan adalah mustahil.

Hal ini adalah disebabkan terdapat kritikan daripada pegawai-pegawai Kanada dan Mexico terhadap pentadbiran Trump rentetan isu-isu kontroversi yang ditimbulkan.

Seperti, selepas US memperkenalkan perlaksaanan subsidi awal ke atas Bombardier Inc, pembuatan kapal perang  daripada Canada namun ditentang oleh Boeing Co dengan tunduhan bahawa Kanada tidak adil dalam perlaksanaan subsidi keatas jet CSeries mereka.

” Isu-isu seperti ini memberi indikasi bahawa rundingan yang sedang dijalankan tidak akan begitu mudah.” ujar Freeland, Menteri luar negeri Kanada.

Jumlah perdagangan sesama 3 negara itu telah meningkat 4 kali ganda sejak perlaksanaan perjanjian NAFTA pada tahun 1994, iaitu melebihi $1 trillion pada tahun 2015.

The post Mexico Membuka Jalan Supaya Perbincangan NAFTA Dilanjutkan Sehingga 2018 appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHH8Oq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.