Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkasakan ekonomi Bumiputera — Ruhanie Ahmad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkasakan ekonomi Bumiputera — Ruhanie Ahmad

26 SEPTEMBER — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia mencadangkan kerajaan Malaysia mewujudkan satu kementerian khas mengenai hal-ehwal perniagaan, perdagangan, perindustrian, pelaburan, dan pembangunan modal insan Bumiputera bagi menjamin keselamatan ekonomi mereka di hari muka. 

Perkasa mengemukakan cadangan ini kerana ia pernah disuarakan oleh Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu pada tahun 2015.

Hakikatnya demikian kerana satu dokumen hasil sidang ini mendapati bahawa pemilikan ekuiti korporat Bumiputera pada tahun 2011 hanya 23.5 peratus berbanding 21.9 peratus pada tahun 2008.

Peratusan ini menunjukkan bahawa sasaran pemilikan saham korporat Bumiputera sebanyak 30 peratus yang ditentukan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 masih belum tercapai. 

Perkasa menyuarakan cadangan di atas sebagai respons kepada kenyataan perdana menteri dalam Malaysiakini (25 September 2017) yang menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) "menekankan kepentingan Agenda Pemerkasaan Bumiputera." 

Gesaan ini tidak mencerminkan iltizam politik yang serius kerana indikator mutakhir memerlukan satu pendekatan pembelaan ekonomi yang lebih komprehensif dan holistik. 

Selain itu, laporan dokumen mengenai sidang kemuncak di atas juga mendapati bahawa jurang pendapatan hakiki (absolute income gap) antara Bumiputera dan bukan Bumiputera juga kian melebar. 

Kalau jurang ini pada tahun 1970 adalah "RM2,400 setahun" jurang ini sekarang adalah "RM23,000 sebulan." 

Banyak lagi indikator dan perangkaan yang terkandung dalam dokumen tersebut yang menunjukkan perlunya kerajaan memberikan pembelaan ekonomi yang lebih agresif dan holistik kepada Bumiputera. 

Oleh itu, Perkasa mendesak kerajaan supaya mewujudkan satu kementerian khusus mengenai hal-ehwal perniagaan, perdagangan, perindustrian, pelaburan dan pembangunan modal insan Bumiputera bagi menjamin keselamatan ekonomi mereka di hari muka. 

Penubuhan kementerian ini mombolehkan kerajaan mengkaji semula segala dasar dan arah tuju ekonomi-politik Bumiputera yang sesuai dengan lanskap Malaysia hari ini. 

Penubuhan kementerian ini juga membolehkan kerajaan mewujudkan semula pelbagai unit penyertaan Bumiputera di semua agensi pusat dan negeri yang dimansuhkan beberapa tahun sebelum ini. 

Perkasa yakin menerusi kementerian ini juga kerajaan boleh menyusun semula Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada MARA I mengenai latihan dan pendidikan dan MARA II yang memfokus kepada perniagaan dan keusahawanan Bumiputera.

* Datuk Ruhanie Ahmad seorang naib presiden Perkasa

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat peribadi Malay Mail Online



Sumber Perkasakan ekonomi Bumiputera — Ruhanie Ahmad

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yDLUe6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.