PPBM, Bila Tong Sampah Tendang Keluar Sampah
Orang yang sudah keluar PPBM gelar mereka yang masih berada dalam parti itu sebagai keldai, anjing, lembu dan lanun. Itulah gelaran yang diberikan oleh Ainina, bekas Ketua Srikandi PPBM.
Manakala, Mahathir pula gelar orang yang sudah keluar itu sebagai sampah sahaja bagi dirinya dan partinya.
“Kita (PPBM) sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar. Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih (bagus),” kata Mahathir ketika berceramah di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada 22 September 2017.
Ini bukan kali pertama Mahathir menggelar orang dengan gelaran sampah. Mahathir mungkin sudah lupa, pada 1 November 2000, Mahathir pernah gelar Ezam Mohd Noor sebagai sampah.
“Apabila mereka berada di sana, golongan itu mungkin mendapati mereka dianggap sebagai sampah masyarakat dan dipandang hina kerana warna kulit yang berbeza” kata Mahathir kepada Ezam Mohd Noor. Mahathir marah kerana Ezam Mohd Noor ke Amerika Syarikat dan Eropah pada masa itu untuk desak campurtangan dari luar.
Hari ini, Ezam turut sama dalam senarai nama yang sudah keluar daripada PPBM. Mereka yang telah menarik diri daripada menyertai PPBM selain Ezam adalah Hamidah Osman, Anina Saadudin, Kamarul Habibur Rahman dan Hasnita Hishamudin.
Dah tahu dulu Ezam itu sampah, yang tong sampah pergi kutip masuk PPBM buat apa? Sekarang ini gelar semula mereka yang keluar itu sampah semula. Mudah sangat strategi Mahathir mengendalikan parti barunya ini.
Kalau tidak suka, tendang keluar dan anggap sampah. Kalau ada duit hilang cakap sahaja “tidak tahu”. Sampai ke hari, ramai masih belum mengetahui berapa sebenarnya jumlah ahli PPBM ?
Kalau benar, yang masih berada dalam PPBM adalah bukan sampah, mungkin sudah lama Mahathir dan Syed Saddiq akan umumkan jumlah keahlian mereka.
“Saya juga tidak pasti siapa atau apakah sebenarnya sampah di dalam BERSATU itu sendiri. Benarkah yang keluar itu sampah, atau yang tinggal itu sampah?”: kata Cikgu Kamarul bila Mahathir gelar mereka yang keluar PPBM sebagai sampah.
Mereka yang keluar dikatakan sampah kerana sayangkan anak emas. Siapa agaknya anak emas Mahathir dalam PPBM. Tidak lain tidak bukan, semua sudah boleh meneka orang itu sudah pastilah Mukhriz dan Syed Saddiq.
Orang yang bertanya soalan mengenai kekayaan Mukhriz itulah yang menjadi sasaran baling kerusi semasa program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam. Anak emasnya tidak boleh disentuh langsung.
Mereka yang cuba pertikai dan tegur, terus akan kena pecat dari PPBM. Bukan sedikit yang sudah keluar. Ramai yang sudah keluar. Beruang Biru ada menulis tentang keadaan parti PPBM yang hendak karam ini. Baca pautan ini ;
http://ift.tt/2xujxlb
Mahathir sudah tidak peduli lagi parti yang dibuatnya itu. Bila tidak ada sambutan dan gagal menarik ramai ahli, Mahathir sudah sedia “Plan B” untuk menjadikan anak emasnya iaitu Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
Mukhriz mungkin bertanding atas tiket parti lain untuk membolehkan cita cita Mahathir tercapai. Muhyiddin yang menjadi Presiden PPBM pun, Mahathir anggap macam tidak wujud sahaja. Hanya jadi lebai malang sahaja.
Muhyiddin sudah lama pun ditanam sebagai sampah oleh Mahathir dalam PPBM. Sekadar melukut di tepi tong sampah sahajalah dalam PPBM. Baca pautan ini ;
http://ift.tt/2fOsdZv
Parti yang dibuat secara tidak ikhlas dan agenda peribadi tidak akan pergi jauh dan ke mana mana. Walaupun baru berusia setahun sejak diluluskan penubuhan oleh ROS, PPBM nampaknya sudah kucar kacir dan berkemacuk.
PPBM yang hanya ada kerusi dan belum pun diuji dalam mana mana pilihan raya kecil atu pilihan raya umum nampaknya sudah pun hampir tenggelam. Kapal yang belum belayar tetapi sudah hendak tenggelam.
Mereka yang ada di dalam diumpamakan seperti binatang dan lanun oleh Ainina. Mereka yang keluar parti dikatakan sebagai sampah oleh Mahathir.
PPBM kini berstatus tenat. Tidak ada nampak pun di mana mana ada lagi sampah baru yang mahu menjadi ahli kepada PPBM. Tidak ada. Ramai yang sudah sedar tidak ada gunanya masuk ke dalam tong sampah.
PPBM hanyalah parti untuk memecah belahkan orang Melayu sahaja. PPBM bolehlah disingkatkan dengan nama baru iaitu “Parti Pemecah Belah Melayu”, PPBM. Ini nama yang sesuai untuk parti baru Mahathir ini.
Sampah sampah yang PPBM ini eloklah dikutip oleh Azmin. Boleh telefon Azmin Ali untuk kutip tong sampah ini. Azmin pernah kata “kalau anda nampak ada sampah belum kutip, anda ‘text’ saya”.
Tulisan:
Beruang Biru
BB591, Selasa
26 September 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xsCaWn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment