Hi! Welcome Back and Stay Tune! Putih mata tak dapat RM280,000, Josiah Hogan digugurkan daripada produksi Hollywood - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Putih mata tak dapat RM280,000, Josiah Hogan digugurkan daripada produksi Hollywood

PELAKON Josiah Hogan, 31, terpaksa berputih mata apabila namanya digugurkan daripada sebuah produksi filem Hollywood pada Disember tahun lalu.

Lebih memeritkan, Josiah juga terlepas tawaran AS$67,000 (RM280,700) untuk melakukan watak makhluk elf (orang bunian) dalam sebuah naskhah seperti filem The Lord Of The Ring.

Josiah sudah melepasi tiga saringan uji bakat dan menandatangani kontrak, namun perjanjian tersebut ditamatkan atas alasan yang tidak masuk akal iaitu bergurau perkara yang tidak sepatutnya.

"Nama saya digugurkan kerana produksi berkenaan memberi alasan sikap saya yang dilihat cuba bergurau secara keterlaluan dalam satu kiriman video kepada mereka.

"Ketika itu, saya diarahkan membuat video sebagai pengganti kerana tidak dapat hadir ke acara memperkenalkan pelakon di sana. Saya tidak boleh ke mana-mana kerana terikat dengan penggambaran semula beberapa babak filem KL Vampires di tanah air," terangnya.

Josiah akui kecewa, namun isu itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba nasib di Hollywood.

Dalam perkembangan lain, dia kini sedang menantikan tayangan filem lakonannya iaitu Surf This Love, KL Vampire dan KL Special Force.

Sumber: Kosmo!
Foto: IG @josiahhogan



Sumber Putih mata tak dapat RM280,000, Josiah Hogan digugurkan daripada produksi Hollywood

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xMOmkN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.