Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tudung Singkat Mia Sara Jadi Kritikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tudung Singkat Mia Sara Jadi Kritikan

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis Festival Filem Malaysia ke 29 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Antara yang menarik perhatian ramai adalah pelakon cilik, Mia Sara yang kini sudah meningkat remaja dan cantik. Bagaimanapun disebalik pujian, ada juga yang mempertikaikan tudung yang dipakainya.

BACA: Mia Sara: Jangan Cuba Ciplak Tudung Saya

Umum mengetahui bahawa pelakon cilik itu mengambil keputusan untuk bertudung seawal berusia 11 tahun lagi. Pun begitu, kelibatnya semalam mengenakan busana berwarna merah mengikut potongan bentuk badan dikecam hebat peminat kerana didakwa memakai tudung singkat hingga menampakkan bonjolan. Memang hebat isu aurat kini dipersoalkan.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang masih tidak mempercayai pelakon itu kini sudah meningkat dewasa dan kelihatan begitu menawan. Malah ada juga yang berfikiran positif dan berpendapat beliau masih dalam proses pembelajaran. Kalau dilihat sekali imbas pun tidaklah begitu ketara dakwaan seksi yang dikatakan, tajam betul mata rakyat Malaysia.

Tetapi seperti biasalah, selagi bergelar selebriti, tidak kiralah berapa pun usia mereka pasti tidak akan lari dengan kecaman dan kritikan negatif peminat. Ada sahaja nampak kesalahan mereka. Diharap Mia terus kuat dan tabah membaca komen-komen peminat yang ‘terlalu sayangkan aurat’ Mia ya. (rtky/w)



Video panas artis Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wSAi4W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.