Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO)13 Tahun Lalu, Kanak-Kanak Ini Ditinggalkan Dalam Kotak Di Stesen Kereta Api, Kemudian Pasangan Ini Mengambilnya Sebagai Anak Angkat Dan Hari Ini Kanak-Kanak Ini Menjadi Penyanyi Terkenal.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO)13 Tahun Lalu, Kanak-Kanak Ini Ditinggalkan Dalam Kotak Di Stesen Kereta Api, Kemudian Pasangan Ini Mengambilnya Sebagai Anak Angkat Dan Hari Ini Kanak-Kanak Ini Menjadi Penyanyi Terkenal..

Kanak-kanak ini dibuang di stesen keretapi. Tidak disangka seorang wanita mengambilnya sebagai anak angkat dan menemui bakat terpendamnya satu hari!

Tiga belas tahun yang lalu, seorang bayi perempuan berusia satu bulan ditemukan di dalam sebuah kotak di sebuah stesen kereta api di China. Dia ditinggalkan tidak diberikan kasih sayang dan tidak bernama.


Hari ini, kanak-kanak perempuan tersebut terkenal sebagai penyanyi sensasi bernama McKenzie Grace Walker.

Namun begitu, perjalanan kejayaan yang digapai oleh McKenzie tidak akan menjadi kenyataan sekiranya ibu bapa baharunya, Chuck dan Kim tidak menjumpainya dan mengambil anak kecil dari China ini sebagai anak angkat.


Selepas menerima secara terbuka kedatangan anak angkat pertama mereka pada tahun 2000, pasangan bertindak untuk mengambil anak angkat yang lain.


Ibunya mengetahui akan bakat anak kecil tesebut sejak dia berusia satu tahun lagi walaupun anak kecil tersebut tidak boleh bercakap pada ketika itu.


“Semasa kami baru pulang ke rumah dari China, jam loceng kami berbunyi,” kata Kim. “Dia [McKenzie] mendengar bunyi loceng tersebut, kemudian menuju ke arah jam itu dan meniru semula bunyi kokokan ayam tersebut dengan nada dan suara yang betul dan tepat.


Pasangan itu sangat terkejut dengan keupayaan McKenzie meniru bunyi jam tersebut. Itu hanyalah permulaan perjalanan McKenzie dengan muzik.


“Ke mana sahaja kami pergi, dia akan meng-humming lagu,” kata Kim. “Sangat jelas bahawa muzik menjadi sebahagian daripada dirinya.”

McKenzie akan menyanyikan lagu tidak kira di mana dia berada. Malah, dia akan mengadakan konsert okestra apabila bersama sahabat yang lain.

Semasa dia berusia 5 tahun, dia sudah pun membuat persembahan di hadapan orang ramai dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia mahu menjadi penyanyi terkenal apabila dia sudah dewasa kelak.


Dari hanya meniru bunyi jam loceng sehinggalah berpeluang menyanyikan Lagu Kebangsaan [Amerika Syarikat] bagi perlawanan Houston Astros, McKenzie ternyata sudah hampir mencapai cita-citanya.


Pada Mac 2015, McKenzie telah menandatangani kontrak bagi rekod nyanyian di bawah syarikat Mansion Entertainment. Dia berpeluang menyanyikan lagu-lagu gospel untuk gereja.

Pencapaian yang diperoleh oleh McKenzie pada usia yang sangat muda pastinya sesuatu yang sangat tidak dijangka.


“Perkara yang terjadi ini bukanlah hanya perkara yang dia [McKinzie] mahukan dan bukanlah hanya apa yang kami mahukan untuknya,” kata Chuck. “Ianya merupakan panggilan dan takdir untuk kami.”

Semoga McKinzie akan berjaya dalam bidang yang mahu diceburinya dan ibu bapanya akan tetap menyokong akan kemahuan anaknya.

VIDEO:


Kredit; Erabaru


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fuIQwu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.