Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa saudara durjana raba payudara anak saudara dengan niat mencabul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa saudara durjana raba payudara anak saudara dengan niat mencabul

BURUH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini dengan dua pertuduhan mencabul anak saudara perempuanya, dalam kejadian Mei tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 11 tahun enam bulan dengan cara meraba payudara dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan sebat atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melanggar kesopanan terhadap mangsa yang sama dengan kelucahan melampau dengan cara menyuruh mangsa untuk mengusap dan memegang kemaluan.

Bagi perbuatan ini, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D KK yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan itu dilakukan tertuduh di rumah di Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, pada jam kira-kira 1.30 tengah hari, pada penghujung Mei 2016.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan jumlah jaminan RM8, 000 dibenarkan kepada tertuduh serta syarat tambahan tidak membenarkan lelaki terbabit mendekati serta mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam G Kumaresan merayu agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh bekerja kampung dengan pendapatan bulanan RM900 selain perlu menanggung ibu bapa serta isteri.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4, 000 bagi kedua-dua pertuduhan serta memberi amaran agar dia tidak menganggu atau mengancam mangsa jika tidak jaminan akan ditarik.

Sumber: Harian Metro



Sumber Bapa saudara durjana raba payudara anak saudara dengan niat mencabul

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gAIkub

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.