Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Korupsi Pasukan Polis di Korea Selatan Memenjarakan Remaja Ini Selama 10 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Korupsi Pasukan Polis di Korea Selatan Memenjarakan Remaja Ini Selama 10 Tahun

park joon young dengan pesalah yang dibebaskan

Pada 10 Ogos 2000, seorang pemandu teksi yang hanya dikenali dengan nama Yoo, berumur 42 tahun membuat panggilan kecemasan menggunakan radio teksi kepada pejabatnya, mengatakan dia sedang dirompak betul-betul di simpang empat yang dikenali sebagai persimpangan Yakchon, dalam daerah Iksan.

Tidak berapa lama kemudian, pasukan perubatan menemui Yoo masih dalam teksinya dengan kesan tikaman pada bahu, dada dan pinggang. Yoo cuba dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Berdekatan dengan persimpangan tersebut, ada sebuah kafe menjual teh. Seorang remaja 15 tahun bernama Choi Hyun-woo yang bekerja untuk mencari duit poket melihat pembunuhan yang berlaku. Dengan menggunakan keterangan daripada  Hyun-woo, pihak polis berjaya mendapatkan lakaran wajah suspek namun 3 hari kemudian, polis menangkap Hyun-woo sebagai suspek utama pembunuhan.

Hyun-woo dituduh telah menyebabkan kematian kepada pemandu teksi itu kerana mengalami pertengkaran semasa berada dalam teksi. Pihak polis mungkin kerana mahu kerja senang, menggunakan teknik kekerasan dan paksaan ketika Hyun-woo dalam tahanan lalu berjaya mendapatkan pengakuan palsu dari Hyun-woo, yang menyabitkan dia dengan kesalahan membunuh tersebut.

Choi Hyun-woo dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Gwangju, Korea Selatan bermula pada bulan Mei 2001.


park joon young beri ceramah

Park Joon-young adalah seorang peguam. Beliau mendapat tahu tentang kes Hyun-woo selepas Hyun-woo dibebaskan dari penjara, melalui seorang wartawan yang terlibat dengan penyiaran dokumentari saluran SBS TV, berkenaan kes-kes seperti ini.  Joon-young melihat peluang besar untuk membantu, agar ia jadi lebih terkenal dalam kerjayanya sebagai seorang peguam.

Semenjak menjadi peguam, beliau terlalu terikut-ikut dengan emosi sehinggakan banyak mengambil kes-kes orang kebanyakan dengan cara pro-bono, tanpa mendapat sebarang bayaran. Dia diisytiharkan bankrap, gagal melunaskan sewa pejabat dan gagal menanggung keluarganya yang mempunyai 3 orang anak.

Tahap kewangannya yang teruk menyebabkan dia terpaksa merayu kepada orang ramai melalui sistem crowdfunding untuk meneruskan kerjayanya, sehinggalah dia nampak peluang untuk membuka semula kes yang berlaku di Iksan itu, selepas kerajaan Korea Selatan mengumumkan pada 25 Julai 2015 kebenaran untuk membenarkan pembatalan had masa bagi kes-kes lama yang selama ini telah dianggap selesai.


park joon young posing

Pada 2003, hampir 3 tahun Hyun-woo meringkuk di penjara, Balai Polis di daerah Gunsan mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku dia adalah pembunuh sebenar dalam insiden tersebut. Tangkapan dilakukan, namun bukti yang timbul itu belum cukup untuk membebaskan Choi Hyun-woo dari hukumannya. Pihak polis gagal mengemukakan hujah kukuh untuk menyokong keterangan baru itu.

Choi Hyun-woo terpaksa menghabiskan hukuman 10 tahun dipenjarakan sehinggalah dibebaskan pada 2013. Selepas keluar daripada penjara, hidupnya benar-benar perit kerana bukan sekadar terpaksa hidup sebagai seorang bekas banduan, beliau juga menghadapi kesukaran kewangan. Hyun-woo perlu membayar semula pampasan yang dibayar kepada keluarga pemandu teksi tersebut sebanyak RM520 ribu, yang dibayar secara ansuran tetap bulanan.


park joon young bagi tedtalk

Sehinggalah pada 2015, Park Joon-young menghubunginya dan menawarkan diri untuk membuka semula siasatan terhadap kes beliau 10 tahun lalu. Tujuan Joon-young pada awalnya hendak menjadikan kes itu sebagai batu loncatan beliau namun perasaannya sedikit demi sedikit berubah. Hasil penyiasatan dan semakan bukti yang diperolehi melalui kes yang dikenali sebagai 'Iksan Murder Case' itu membuatkan Joon-young sedar tanggungjawab sebenar yang dia pikul.

Menyedari berlaku banyak salah guna kuasa oleh pihak polis ketika dalam penyiasatan kes di Iksan itu, Joon-young berhadapan dengan risiko dalam membantu Hyun-woo. Berhadapan dengan pasukan polis yang tidak mahu reputasi mereka dicalarkan dan pihak pendakwaraya yang lebih gemar agar Joon-young tidak membuka semula kes tersebut.

Dia menggunakan beberapa bukti yang menunjukkan Hyun-woo tidak mungkin mampu menyebabkan kematian pemandu teksi bernama Yoo itu. Selain itu tidak ada kesan darah mangsa pada mana-mana barang kepunyaan Hyun-woo dan tidak terdapat kesan cap jari Hyun-woo di tempat kejadian.

Joon-young juga berjaya mendapatkan pengakuan dari Hyun-woo yang dia dipaksa dan dibelasah untuk mengaku bersalah dalam kes tersebut oleh pegawai-pegawai penyiasat dibantu oleh rekod meter teksi itu yang selama ini cuba disembunyikan oleh penyiasat, yang menjadi paling kukuh Hyun-woo tidak berada di dalam teksi semasa kejadian.

Akhirnya, berdasarkan bukti-bukti yang ada, Joon-young akhirnya memohon perbicaraan semula bagi kes Choi Hyun-woo dari pihak mahkamah.

Dengan bukti-bukti baru yang ada yang selama ini cuba disembunyikan oleh pihak polis, Joon Young dibantu oleh sokongan orang ramai yang mendesak pihak polis supaya membersihkan nama pihak berkuasa. Pegawai-pegawai penyiasat yang terlibat tidak memberikan kerjasama dengan ramai yang memberikan alasan sudah lupa tentang kes tersebut dan tidak dibantu dengan beberapa anggota-anggota polis terlibat yang sudah pun ditukarkan ke lokasi lain.


new trial imej

Usaha Joon-young berhasil apabila mahkamah menarik balik semua tuduhan ke atas Choi Hyun-woo melalui perbicaraan semula sekaligus membersihkan nama Hyun-woo daripada tuduhan bunuh dalam kes tersebut.

Choi Hyun-Woo bebas daripada semua tuduhan pada 17 November 2016, 16 tahun selepas beliau didakwa membunuh.

Pegawai-pegawai penyiasat yang memalsukan bukti sehingga Hyun-woo terpaksa dipenjarakan dibawa ke muka pengadilan namun sehingga Februari 2017, mereka yang terlibat menafikan tuduhan dan minta dibicarakan. Belum ada sebarang permohonan maaf daripada pihak polis, hakim dan pendakwa dikeluarkan kepada keluarga Choi Hyun-woo atas tuduhan palsu yang mengambil 10 tahun dari hidupnya itu.

Park Joon-young pada mulanya hanya mengambil kes itu untuk mempopularkan dirinya, kini dia mengakui dirinya banyak belajar daripada pengalaman dia mengendalikan kes Choi Hyun-woo ini. Niat asalnya yang hanya mementingkan diri berubah membawa kepada untung pada Park Joon-young yang kini semakin terkenal apabila lebih ramai orang yang memohon dia membuka semula kes-kes lama yang telah terpendam.

Park Joon-young tetap meneruskan kerjayanya sebagai seorang peguam pro-bono sehingga kini, mempertahakan hak dan kepentingan orang awam. Choi Hyun-Woo pula meneruskan kehidupan beliau dan kini telah berkahwin serta mempunyai dua orang cahaya mata. Kisah mereka diabadikan dalam filem 'Jaesim' atau 'New Trial' yang ditayangkan pada tahun 2017 di Korea Selatan.

Rujukan

Korea Times



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ymkls3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.