Hi! Welcome Back and Stay Tune! Darah tak berhenti menitis dicakar kucing: “tak salahkan bobo..” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Darah tak berhenti menitis dicakar kucing: “tak salahkan bobo..”

“SAYA tekup muka dengan kain kerana darah tidak berhenti menitis dan terus menunggang motosikal sendirian ke Hospital Sungai Bakap (Pulau Pinang) yang terletak 6 kilometer (km) dari rumah.”

Itu kata WR Irman Karman, 35, bapa kepada dua anak yang bergegas ke hospital selepas cedera di muka dicakar kucing dan gambar kecederaannya itu tular di media sosial.

“Kejadian berlaku pada 7.15 pagi, 30 September lalu, ketika saya berseorangan di rumah. Saya terkejut dicakar, sedikit lagi nak kena mata.

“Masa itu, kucing saya bergaduh dengan kucing jiran dan berlari masuk ke dalam rumah. Secara kebetulan saya sedang berbaring di ruang tamu sebelum dicakar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia bernasib baik kerana cakaran itu tidak terkena mata dan anak-anaknya juga tiada di rumah memandangkan mereka gemar bermain dengan kucing jantan berusia tiga tahun yang dipanggil Bobo.

“Pada saya kejadian ini tidak disengajakan, biasalah kalau kucing bergaduh. Lagipun, doktor sudah berikan dua suntikan untuk mencegah jangkitan dan saya diberi cuti sakit selama enam hari.

“Alhamdulillah, luka semakin pulih, tetapi masih perlu bertemu doktor untuk rawatan susulan,” katanya yang bertugas sebagai pemandu ambulans hospital berkenaan.

WR Irman yang tinggal di Taman Seruling Emas, Sungai Bakap, bagaimanapun terkilan dengan fitnah yang dilemparkan oleh pelayar laman sosial kepadanya mengenai kejadian itu.

“Ada yang maki saya kerana mungkin mereka ingat saya dera kucing. Bobo saya pelihara sejak kecil seperti anak sendiri, memang tak pernah pukul.

“Macam-macam fitnah dilempar, kata saya pukul Bobo, saya ini penjenayah, bergaduh dengan isteri. Memang tak sedap dibaca,” katanya.

Katanya, Bobo adalah kucing rumah dan hanya sesekali keluar di kawasan hadapan parkir rumahnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Darah tak berhenti menitis dicakar kucing: “tak salahkan bobo..”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i5Fhh4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.