Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jalaluddin Hassan nafi nikah 25 November ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jalaluddin Hassan nafi nikah 25 November ini

PELAKON popular Datuk Jalaluddin Hassan, 63, menafikan dia akan melangsungkan pernikahan pada 25 November ini.

Jalaluddin ketika dihubungi berkata, berita itu tidak benar dan beliau belum lagi memutuskan tarikh pernikahannya.

“Saya akan berbincang dengan keluarga saya dan keluarga bakal isteri. Jika sudah ada tarikh, saya akan beritahu pada media dan menjemput anda semua datang ke majlis saya nanti,” katanya.

Menurut sumber, Jalaluddin dikatakan akan menamatkan zaman dudanya pada 25 November ini.

Jalaludin berkata, jika ikutkan hatinya beliau mahu mengadakan majlis pernikahan itu pada 25 Disember iaitu tarikh sama dia bernikah dengan arwah isteri, Datin Hasimah Mat Ehsan.

“Tarikh itu terlalu istimewa buat saya, tetapi ramai yang menasihatkan saya jangan buat (menikah) pada tarikh sama.

“Ada baiknya juga pandangan mereka itu, jadi saya akan cari tarikh lain,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Jalaluddin mengakui beliau kini sedang berkawan dengan seseorang yang dikenali dengan nama YR.

Beliau mengenali ibu tunggal anak empat yang berasal dari Serkam, Melaka itu melalui Facebook, tetapi kali pertama menegurnya untuk mengucapkan selamat berpuasa pada Ramadan lalu.

“Saya dapati ciri-ciri arwah isteri ada padanya. Selepas bernikah nanti saya mahu dia tinggal di kediaman saya sekarang. Saya tidak boleh berpisah dengan anak dan cucu. Saya mahu suasana seperti dulu di mana sentiasa ada majlis keramaian di rumah dan kaum keluarga selalu berkumpul,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Jalaluddin Hassan nafi nikah 25 November ini

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i5Fsce

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.