Kira-kira 60,000 guru belum daftar sebagai pemilih - Mahdzir
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan dengan itu beliau menggesa baki kira-kira 60,000 atau 14 peratus lagi guru menyegerakan pendaftaran bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Katanya, meskipun tiada undang-undang yang dikenakan terhadap mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih, tetapi sebagai guru yang sering menjadi ikutan kepada masyarakat perkara tersebut harus dilaksanakan.
"Seluruh masyarakat termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman menganggap guru adalah pembimbing bukan sahaja kepada murid dan pelajar, malah pandangan serta nasihat dijadikan ikutan golongan dewasa."Sebagai warga pendidik yang dianggap boleh mempengaruhi masyarakat, semua guru digesa berdaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Guru Pembina Negara Bangsa dan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir berkata Kementerian Pendidikan tidak menghalang mana-mana guru menyokong mana-mana parti termasuk parti pembangkang kerana kerajaan mengamalkan sistem demokrasi dan semua rakyat termasuk guru berhak untuk membuat pilihan.
Katanya, masalah siapapun pemimpin yang akan dipilih pada pilihan raya umum kelak bukan isu, sebaliknya sebagai rakyat, tanggungjawab sebagai pemilih perlu ditunaikan.
Mengulas mengenai isu guru 'duka-lara', Mahdzir berkata setakat ini kementeriannya telah berjaya menyelesaikan kira-kira 14,000 permohonan pertukaran oleh guru sehingga akhir bulan lepas dan jumlah permohonan itu dijangka meningkat Disember ini.
Katanya, ia sebagai satu usaha yang berterusan kementerian dalam mengurangkan beban kerja guru dan memastikan prestasi guru-guru berkenaan terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa.
Mahdzir pada majlis itu turut menyampaikan poster salah laku disiplin murid dan pelajar kepada lapan pegawai Jabatan Pendidikan Daerah di negeri ini.
-- BERNAMA
Sumber Kira-kira 60,000 guru belum daftar sebagai pemilih - Mahdzir
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g78XGq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment