Hi! Welcome Back and Stay Tune! Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan menyiasat sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian letupan di tapak pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Malaysia baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemeriksaan itu akan dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada polis yang masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

"Kita perlu tunggu siasatan penuh sebelum Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masuk ke tapak untuk lihat apa yang berlaku.

"Kita mempunyai pelbagai teknologi untuk mengimbas dan mengesan keadaan bawah tanah bagi mengurangkan kerosakan pada kabel atau paip yang berada di bawah, ini SOP yang biasa dilakukan jika melibatkan kerja bawah tanah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) di sini, hari ini.

Dalam kejadian petang Selasa itu, seorang pekerja warga Bangladesh maut dan dua cedera.

Polis mengesahkan letupan di tapak pembinaan MRT itu berpunca daripada bom lama yang ditinggalkan ketika zaman Perang Dunia Kedua.

Fadillah menjelaskan kejadian seperti itu sukar dijangka kerana pelan lukisan keadaan bawah tanah sedia ada mungkin tidak sama dengan keadaan sebenar di bawah tanah.

"Kebiasaannya pihak pemaju akan mendapatkan pelan lukisan bawah tanah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memulakan pembinaan, tetapi apabila mereka berada di tapak pembinaan ia berbeza," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gzMgva

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.